Tangan yang dijirus beliau itu kini telah menggigit tangan beliau sendiri |
Tenangnya wajah Nasharudin Mat Isa tatkala hebohnya berita pemecatan atau pengguguran beliau daripada Majlis Syura Ulama PAS.Bagi beliau,inilah lumrah dalam perjuangan,pangkat kuasa itu bukan dikejarnya,namun meletakkan prinsip dalam perjuangan itu tuntutan utama bagi diri beliau
Walaupun beliau didakwa oleh Majlis Syura Ulama PAS sebagai melanggar peraturan parti dan beberapa tindakan beliau dilihat merugikan parti,tapi itu merupakan alasan murahan PAS untuk menggugurkan beliau daripada badan tertinggi parti tersebut.
Tindakan PAS ini pasti menggembirakan puak-puak Anwarinas di dalam PAS yang sememangnya tidak suka Nasharudin terlibat secara langsung dengan kepimpinan tertinggi PAS walaupun beliau tidak lagi menjadi Timbalan Presiden PAS.
Itulah orang kata,ramai yang cakap kononnya kami hendak perjuangkan Islam tapi berapa ramai di dalam PAS yang ikhlas dan seteguh seperti prinsip YB Nasharuddin yang tetap dengan prinsip beliau walaupun kadang-kadang agak lantang dalam menasihati PAS yang kian terpesong dek pengaruh DAP dan PKR yang meranapkan perjuangan PAS
Kini,peluang untuk beliau lebih lantang itu terbuka luas kerana beliau kini bukan lagi ahli Majlis Syura Ulama PAS walaupun beliau masih menjadi ahli PAS yang biasa. Suaranya diperlukan kepada akar umbi PAS yang sudah muak dengan kepimpinan PAS yang kian tunduk kepada telunjuk DAP .Lihatlah ,di P.Pinang bagaimana sekumpulan akar umbi PAS yang telah berdemonstrasi di depan Pejabat Karpal Singh kerana isu kalimah Allah dan mereka juga gesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat sambil memijak bendera DAP.Di Kelantan juga wujud gelombang tersebut walaupun dinafikan oleh PAS yang mengatakan itu bukan ahli mereka.Itulah alasan sandiwara politik yang PAS guna untuk menutup salah mereka.
KP tahu sebenarnya penyokong akar umbi PAS yang digelar "silent supporters" ini sudah malu dengan tindak tanduk kepimpinan PAS sekarang yang terlalu ambil mudah dan bertolak ansur dengan DAP dan PKR dalam sesuatu isu terutamanya berkaitan Islam.
Kini PAS sudah kehilangan seorang lagi pemimpin PAS yang Dr. Hassan Ali sifatkan satu kerugian buat PAS kerana ramai pemimpin PAS tidak setanding dan sehebat Nasharuddin Mat Isa yang boleh diletakkan di kerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia sama ada di Timur ataupun Barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.Nak tanya jugak, Mat Sabu
sudah mahir berapa bahasa dunia ?? Mahfuz ??Kenyataannya pun kadang-kadang nampak kebudak-budakan dan tidak intelektual seperti ini contohnya[klik sini].
Betul kata Dr. Hassan Ali,setahu KP ,YB Nasharuddin tahu berbahasa Perancis ,Arab dan Inggeris dengan baik .Jika dibandingkan Mat Sabu ,Mahfuz dan beberapa pemimpin PAS lain,mereka sememangnya tidak sehebat seperti YB Nasharuddin.PAS sememangnya tidak pernah membuat keputusan yang betul dan tepat dalam menilai seseorang sejak daripada pemecatan Dr. Hassan Ali yang kini bergerak atas inisiatif beliau sendiri melalui JATI.
Percayalah pembaca semua,PAS akan menerima pukulan hebat kerana menggugurkan YB Nasharuddin dan tidak mencalonkan beliau sebagai calon mewakili PAS pada PRU-13.Polemik ini bakal memakan kembali PAS kerana ketidakadilan PAS dalam membuat keputusan yang tidak adil kerana tidak memanggil YB Nasharuddin untuk membela diri beliau dan menjelaskan kedudukan sebenar.Ibarat kata " senjata makan tuan "
,
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.