Friday, January 18, 2013

PANAS !!! Najib Sangkal Fitnah Daripada Deepak


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti. "Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.

 Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah Balasubramanam.

 Mereka ialah Deepak, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain Balasubramaniam sendiri.

 Berdasarkan pengakuan Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga akaun bersumpah tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960. Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini.

 Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam.

 “SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi,” katanya PKR.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.