Friday, January 18, 2013

Ustaz Fathul Bari Kahwin Ikut Sunnah Nabi Pun Salah Ke ??

Media-media dan portal ketika ini sibuk memainkan isu panas Ustaz Fathul Bari, CEO Ulama Muda UMNO(iLMU) berkahwin dengan seorang wanita warga Filipina di Selatan Thailand yang mana telah dijawab oleh Ustaz Fathul Bari sendiri dalam sebuah video yg telah diupload oleh blogger Abu Aqif.
Isu beliau berkahwin itu memang benar dan persoalan kenapa beliau berkahwin disana itu telah dijawab dengan panjang lebar dalam video itu. Sebelum ini,pelbagai persepsi dan andaian fitnah telah disebarkan oleh blogger pembangkang yang mengatakan bahawa beliau ditangkap khalwat, tidak dapat kebenaran isteri pertama beliau dan sebagainya tetapi itu semua tidak benar.Blogger dan cytro pembangkang cuba memburukkan imej beliau dengan fitnah jahat seperti itu.
Walaubagaimanapun,jikalau beliau ingin berkahwin lagi,itu tidak salah kerana beliau mampu dan ini dibenarkan di dalam Islam.Jadi,apa masalahnya?Berkahwin lebih daripada satu itu merupakan suatu ittiba' sunnah Nabi S.A.W. Kalau kita lihat ramai pemimpin PAS berkahwin lebih daripada satu dan itu tak menjadi isu pun kerana ia bukan sahaja suatu sunnah bahkan ada dalil daripada Al Quran yang membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4 orang isteri.
Itu lah masalah orang kita,benda yang halal cuba dianggap haram tetapi benda yang haram pula, dipandang halal.Video skandal china doll, skandal khalwat 121 dan pelbagai skandal daripada pemimpin pembangkang dikatakan fitnah, tetapi berkahwin secara sah dan halal seperti ini dipandang tidak elok dan menjatuhkan maruah
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.