Wednesday, February 6, 2013

Oppa Kedah Style,Kerajaan PAS Kedah Halalkan Penari Separuh Bogel Buat Pertunjukan

Pakai seksi macam ini tak salah ,dah kelabu mata ka Exco Kerajaan Negeri Kedah
SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi, tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu.

 Menurutnya, Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.

 Ghani berkata Soo Nee memaklumkannya bahawa majlis itu dianjur bagi menangkis dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa hak bukan Islam terhakis dengan garis panduan mengenai hiburan awam kerajaan Kedah. Ghani berkata ADUN PKR itu menepati segala keperluan untuk mengadakan pertunjukkan pentas yang mencetuskan kontrovesi dengan penampilan dua penghibur wanita Cina yang berpakaian menjolok mata.

 "Sebelum dia buat dia minta kebenaran, lepas itu buat di tempat dia, tanpa libatkan orang Melayu. (Pertunjukan ini) sempena Tahun Baru Cina. Pandangan saya dia buat itu mengikut prosuder,” kata Ghani pada Antarapos.

 "Dia kata dia tidak lah mahu menongkah arus atas enakmen itu cuma dia nak gambarkan pada Chua Soi Lek (Presiden MCA) bahawa orang Cina di Kedah boleh mengadakan acara kebudayaan sempena Tahun Baru Cina. Soo Nee yang juga Majlis Exco Kerajaan Negeri menganjurkan pertunjukkan itu di Pusat Khidmat Pekan Kulim selepas kerajaan negeri menolak permintaannya untuk mengadakan majlis itu di tempat terbuka.

 Di tanya tindakan Soo Nee membawa artis berpakaian menjolok mata, Ghani berkata perkara itu di luar kawalan beliau.

 "Bila penganjur bawa penari itu dia tidak lah tahu selidik pakaian mereka,ini yang dimaklumkan kepada saya,” kata beliau. Ghani berkata bukan tempatnya untuk merumuskan sama ada pakaian artis berkenaan menjolok mata atau tidak. "Adakah gambaran seperti itu? Cara berpakaian itu saya tidak pasti sebab gambaran kata menjolok mata tapi sejauh mana pakaian itu menjolok mata saya tidak pasti...sebab orang Cina ini sudah menjadi satu lumrah dia berpakaian begitu,” kata beliau. 

Penghibur dalam pertunjukan anjuran PKR Kulim itu memakai kemeja yang mendedahkan pinggang dan tubuh belakang mereka. Pada awal tahun ini MCA menyifatkan tindakan kerajaan Kedah mengenakan peraturan berpakaian bagi artis yang mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina melampaui norma biasa. Garis panduan dilihat menghakis kebebasan bukan Melayu untuk mengadakan pertunjukan awam dan diselar oleh pemimpin DAP serta MCA.

Komentar KP : Belum lagi PSY masuk Malaysia ,Kerajaan PAS Kedah sudah mula bawa budaya songsang dan maksiat seperti ini,Pakatan Rakyat lagi juara daripada BN dalam hal-hal maksiat macam ini...Tahniah PAS Kedah..PAS For All..

1 comment:

  1. Kalau PAS buat larangan, berani pula DAP mencabar larangan PAS. Macam Karpal Singh yang masih mendesak Majlis Syura supaya mengkaji balik keputusan. Sila kunjungi telurmasakseparuh.blogspot.com

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.