Kehadiran lebih 20 ribu rakyat P.Pinang semalam ke Himpunan Rakyat 1 Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru BN P.Pinang membuktikan bahawa rakyat P.Pinang kini sudah membuat keputusan untuk memilih siapa pada PRU-13 tidak lama lagi.Foto-foto seperti inilah yang akan membuatkan Guan Eng panas punggung kerana ceramah dan himpunan anjuran PR yang diadakan di P.Pinang tidak mendapat sambutan hebat seperti ini oleh rakyat P.Pinang sendiri.
Lautan manusia memenuhi himpunan tersebut dan terdiri daripada pelbagai kaum.Jelas,inilah sikap pengundi P.Pinang yang kini sudah muak dengan pentadbiran DAP dan PR P.Pinang dibawah Lim Guan Eng yang ternyata gagal mentadbir negeri dan menimbulkan pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Perubahan sikap pengundi P.Pinang semakin meningkat menyokong BN dan ini merupakan titik tolak yang baik menjelang PRU-13.Diharapkan trend seperti ini akan terus meningkat dan dengan ini BN dapat merampas kembali P.Pinang.Rakyat P.Pinang perlu berani lakukan perubahan dan tunjukkan bahawasanya rakyat P.Pinang bijak dalam menentukan kerajaan manakah yang sesuai dan layak untuk diberi mandat memerintah.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.