Pengagihan Baucer Buku 1 Malaysia sebanyak RM 250 kepada mahasiswa kini telah bermula.Seramai 1.3 juta pelajar seluruh Malaysia akan menikmati pemberian percuma baucer berkenaan yang melibatkan peruntukan sebanyak 325 juta ringgit yang telah diumumkan dalam bajet 2013 oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Hari ini,para mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia antara universiti terawal yang mengagihkan baucer berkenaan pada permulaan semester baru .KP sempat meninjau perjalanan pengagihan BB1M di Dewan Utama Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM.Semuanya berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kesesakan kerana mahasiswa ramai berpusu-pusu datang untuk mengambil baucer berkenaan yang akan diagih sepanjang minggu ini
Yang mencuit perhatian KP ialah ada diantara mahasiswa tersebut yang KP kenal pasti sebagai penyokong totok pembangkang dan pernah terlibat dalam demonstrasi HKR112 dan BERSIH 3.0 antara yang terawal datang beratur untuk mengambil baucer berkenaan.Di FB, kerap mentohmah dan mengutuk kepada pentadbiran PM Dato' Seri Najib dan kerajaan BN tapi bila dapat benda free daripada kerajaan,dialah yang paling awal datang beratur.Itulah namanya muka tak tahu malu.Tapi,tak mengapalah kerana kerajaan BN memberi apa-apa bantuan tidak pernah mengira latar belakang politik seseorang sekalipun dia penyokong pembangkang
Apa-apa pun terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional dan bersyukur kepada Allah dengan pemberian baucer ini yang bakal meringankan beban 1.3 juta mahasiswa seluruh Malaysia untuk membeli buku-buku pelajaran pada permulaan semester baru ini.Kerajaan telah menepati janjinya kepada rakyat dengan pemberian baucer ini.Inilah kerajaan perlu dipilih oleh rakyat !!
|
Suasana proses pengagihan Baucer Buku 1 Malaysia di UIAM |
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.