Monday, February 4, 2013

WOW !! Cun Siot Awek Kedah Pilihan Fizo Omar

Ibarat merpati dua sejoli ,sama cantik sama padan
KUALA LUMPUR: Akhirnya pelakon kacak, Fizo Omar mengesahkan dirinya sedang berkawan dengan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Haas Jaafar. Fizo, 28, berkata, mereka baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga bulan lalu setelah berkenalan selama beberapa tahun sebagai rakan biasa.

“Kalau boleh saya tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan cinta ini tetapi saya mengaku memang sekarang saya sedang bercinta dengan Haas. “Bagaimanapun hubungan ini masih lagi diperingkat awal dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing,” jelasnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke 52 Datuk Shah Rezza di sini pada Ahad.

Fizo hadir bersama kekasihnya ke majlis berkenaan dengan mengenakan pakaian dari warna sedondon iaitu putih. Dalam pada itu, Fizo berkata, sikap memahami wanita berasal dari Kedah itu telah memikat hatinya selain mempunyai pelbagai persamaan membuatkan mereka serasi. “Soal jodoh saya letakkan kepada takdir. Buat masa ini terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya selesa dengan Haas yang cukup sekepala dengan saya.” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Fizo, Haas memberitahu hubungan rapat lelaki itu dengan keluarganya telah membuatkan hatinya terpikat terhadap pelakon itu.

“Fizo adalah lelaki yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan sikap tanggungjawabnya telah menambat hati saya malah dia sangat memahami dan ringkas dalam pelbagai perkara,” jelasnya yang masih menuntut di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan.

Tambah Haas, dia tidak gentar dengan kemungkinan hubungan mereka akan menjadi perhatian dunia hiburan kerana dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Fizo.

“Sebelum ini apabila timbul apa-apa perkara melibatkannya, dia akan terangkan kepada saya situasi sebenar dan saya pula jenis yang tidak kisah dan faham kerjayanya sebagai pelakon,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.