Saturday, March 16, 2013

6 Imam Muda Sertai PAS Kini Terjerat Dengan Dunia Politik


6 orang bekas peserta program Imam Muda yang pernah disiarkan di Astro Oasis hari ini mengisytiharkan sokongan mereka kepada PAS. Dalam program Xpresi Ulama Muda Haraki anjuran PAS ,semua bekas peserta Imam Muda ini dengan semangatnya sanggup memberikan sumbangan tenaga untuk membantu perjuangan politik PAS. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini dengan bangganya menghebohkan kemasukan dan sokongan 6 orang Imam Muda ini ke dalam PAS dan mengatakan ini suatu kejayaan buat PAS.KP berharap Imam-Imam Muda ini tidak menyesal kemudian hari setelah masuk ke dalam PAS.Orang yang berada di luar daripada PAS tidak akan faham apa sebenar politik yang dimainkan oleh PAS.Bila dia sudah masuk PAS dan berada dalam saf kepimpinan,baru dia kenal siapa PAS sebenarnya.

Semua orang tahu PAS sekarang bukan lagi seperti PAS zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Ustaz Yusof Rawa yang mana sangat tegas pendirian mereka dalam isu-isu Islam dan Melayu tetapi PAS sekarang sudah tidak mahu mengaku Melayu kerana takut kurang Islamnya.
Isu dan konflik PAS dalam PR pun masih belum menemui noktah misalnya dalam isu Kalimah Allah.PAS dengan pendiriannya manakala PR dengan pendirian mereka.

Menolak PAS tidak bermaksud menolak Islam kerana tidak ada suatu dalil naqli atau aqli mengatakan Parti PAS itu Islam sebab parti selamanya parti ,ianya bukan agama seperti Islam yang merangkumi "penghayatan kehidupan".PAS berhujah dengan menolak PAS bermakna menolak Islam itu hujah yang sesat lagi menyesatkan.

Harap,selepas ini 6 orang Imam Muda ini tidak meroyan di FB ,twitter atau blog kerana kurangnya income selepas menyertai PAS sebab stesen TV tidak bagi lagi job,kuliah dan program di luar kurang dipanggil ,kena redha rezeki itu semuanya daripada Allah.

Akhir kata ,selamat memasuki dunia politik yang penuh duri,ranjau,.onak duka,dihina ,diherdik dan ,dimaki itu asam garam politik.Kalau takut dilambung badai,jangan masuk politik ,jadi Dai'e yang dekat kepada umat tidak belah sini atau sana Nasihat berdasarkan hukum-hakam agama bukannya nafsu politik semata-mata .


KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

 Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya. 

Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)-Harakah Daily

15 comments:

  1. Imam jadi ahli politik ...

    Kalau tak sebut celako tak sah.

    Kena sebut celako baru boleh jadi Tuan Guru.

    Lantak le ko orang. Ko yang pilih jalan sendiri.

    Saja nak bagi tahu. Politik tu jijik.

    ReplyDelete
  2. masyaAllah... Politik ada dalam ISlam. Jangan kata politik itu jijik. Yang menjadikan politik itu jijik ialah pemimpin UMNO kerana memisahkan politik dengan Islam. tugas kita termasuk para IMAM MUDA sekalian untuk menjadikan politik mengikut Islam. TUKARKAN politik jijik UMNO kepada politik indah ISLAM. TAKBIIIIR!!!!

    ReplyDelete
  3. Betul tu anon atas, PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Apa2 yang tidak sokong PAS maka tidak Islam, dan jatuh hukum nya kafir termasuk ulama2 luar negara serta ASWJ. Maklumlah yang Islam hanyalah PAS yang Tuhannya boleh dikongsi dgn Nasrani yang mempercayai Tuhan ada tiga.

    ReplyDelete
  4. tukarkan politik jijik umno, sebab tu ada org pas cerai berai dengan isteri , sungguh islamik sungguh, org pas bercerai dengan isteri pun salah umno, akad nikah dua kali sebab imam bukan pas, mmg ikut ajaran quran sungguh, sapa yang akad nikah luar malaysia tu balik kena pi akad nikah lain la ngan org pas, kalau tak, tak sah le nikah korang nnt, btul tak?

    ReplyDelete
  5. imam muda...hahah..level sama mcm budak2 akademi fantasia jer...huhu. sokong PAS secara membabi buta.

    ReplyDelete
  6. Minta-mintalah IM boleh ganti ulama serban besar dan perbetul PAS yang dah jauh menyimpang dari landasan ISLAM yang sebenar dan membatalkan Amanat Hadi dan NIK Ajis sebelum ni,

    ReplyDelete
  7. Salam Bro,biarkanlah mereka berjuang bersama PAS.Itu kehendak mereka.Tak ada masalah dengan UMNO.Mudah-mudahan mereka dapat membetulkan Prati PAS yang telah banyak melakukan kerosakan kepada umat Islam di Malaysia.Hidup UMNO

    ReplyDelete
  8. keputusan untuk mana2 parti tu, terletak pada tgn masing2. yang penting.
    Dan setiap keputusan yg dbuat hruslh berlandaskan akal yg chat..

    ReplyDelete
  9. Bukan saja ulama muda, jenderal2, ketua2 polis,tokoh2 akademik dah menyokong pakatan, demi utk perubahan. Mamak kuty kata yg tinggal dlm umno yg tak cerdik ,atau perjuangan poket sendiri.

    ReplyDelete

  10. PAS..parti spender. PAS PIS PUSSY..

    ReplyDelete
  11. YANG KOMEN SEMUA TIDAK MENJAGA AKHLAK...KATA2 KESAT MENGHINA GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA...KITA TENGOK KAT AKHIRAT ESOK SIAPA BETUL SIAPA SALAH

    p/s: meninggal dunia nanti jangan sibuk nak minta panggilkan tok imam, ustaz2 urus jenazah, masa hidup dok bantai alim ulama' para ustaz

    ReplyDelete
  12. Tanda2 org yg berjaya itu boleh dilihat apabila dia lebih kejarkan akhirat brbanding dunia..karna akhirat jualah destinasi kita semua.. Tp bukan lah tidak hiraukan langsung tntg hal dunia.. Kedua2 nya harus seiring sejalan... Dalam surah adz-Dzaariaat ayat 56 Allah berfirman "tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah-Ku". "Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi" (Fathir: 39) Jelas dripada kedua-dua ayat tersebut Allah jdkan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi ini dan apa jua yg kita lakukan di dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalau semata-mata kerana Allah.. Biarlah kita tidak dpat masuk tv lagi, biarlah kita dihina, diejek, dicerca di dunia ini, daripada dihina oleh Tuhan di akhirat kelak.. Maaf andai trsalah maklumat..harap dpt ditgur..

    ReplyDelete
  13. guruku TUAN SYEIKH AHMAD iaitu cucu kepada SIDI SYEIKH MUHAMMAD SA'ID AL-LINGGI n9 memberitahu,politik tu kotor....kalau nak jadi wali besar jgn masuk politik

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.