SENAI - Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mengulangi gesaan pembangkang agar satu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membincangkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Sidang tergempar itu perlu diadakan untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap usaha pasukan keselamatan membanteras pengganas terbabit, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina itu telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan negara sejak 1 Mac lepas. - Bernama
Komentar KP : Hairan jugak,kenapa DAP beria-ia mahu sidang tergempar parlimen,adakah DAP mahu perangkap Anwar sebagai dalang pencerobohan ?? Apa yang DAP mahu sebenarnya?? Nak kata rakyat tak sokong,majoriti rakyat Malaysia menyokong usaha pasukan keselamatan membanteras pengganas Sulu tersebut,jadi kenapa perlu ada sidang sebegini kononnya utk meningkatkan sokongan rakyat terhadap pasukan keselamatan ??
Kerajaan sudah setuju untuk tubuhkan RCI dan kertas hitam putih untuk menyiasat dalang pencerobohan Lahad Datu dan sebagai rakyat kita menyokong penuh usaha terbabit untuk mengheret pengkhianat negara dan dalang disebalik semua yang berlaku ini.Hukuman keras wajar buat pengkhianat yang cuba mengucar-kacirkan negara.
Sebenarnya DAP dah tersepit, sebelum ini tiada satu penyataan dilakukan untuk mengutuk 'pencerobohan', apabila dilihat ATM dan Polis mendapat pembelaan dari rakyat Malaysia, maka, DAP nak 'tompang tui',nak dapatkan kredit untuk 'pancing undi Melayu'. Dah terlambat..DAP
ReplyDelete