Saturday, March 16, 2013

Ustaz Azhar Idrus Pertahan Pasukan Keselamatan Malaysia,Kecam Individu Hina Pasukan Keselamatan Malaysia


Pendakwah terkenal,Ustaz Azhar Idrus hari ini di dalam Fan Page Facebook beliau mengecam tindakan individu-individu yang menghina anggota keselamatan negara yang berjuang di Lahad Datu untuk mempertahankan Sabah daripada ancaman pengganas Sulu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya oleh pengikut laman facebook beliau yang bertanya berkenaan hukum individu yang tidak bertanggungjawab menghina anggota keselamatan negara di Lahad Datu

Beliau juga menukilkan sebuah Hadis yang lebih kurang maknanya  "Antara mata yang tidak akan masuk neraka ialah mata orang-orang yg berjaga(tidak tidur) disempadan atau di medan kerana mengawal atau menjaga keselamtan negara".

Sebelum ini ,kenyataan menghina oleh Naib Presiden PKR,Tian Chua yang mengaitkan tragedi Lahad Datu sebagai sandiwara dan konspirasi UMNO dan kenyataan jijik seorang guru di Kelantan yang mengatakan polis sebagai Anjing antara yang menerima kecaman hebat daripada rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.