Monday, March 4, 2013

Kpl Salam Togiran Pernah Simpan Hasrat Untuk Mati Syahid


Tawau, 4 Mac - Allahyarham Kpl Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas, sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.

 Balu Allahyarham, Marlinah Utan, 38, berkata sejak tiga bulan lepas, Salam, 42, menzahirkan keinginnya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.


 "Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.

 Marlinah berkata sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.

 "Saya tanya dia kenapa. Dia kata 'Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat'. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat," katanya yang tidak dapat menahan sebak. Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada 10.15 pagi ini selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

 Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan Allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna. "Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga," katanya.- BERNAMA

Komentar KP : Murninya hati seorang pejuang negara yang berkeinginan mati syahid mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan negara.Moga Allah menerima hajat tersebut dan mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Kpl Salam Togiran dan wira-wira negara yg lain yang berjuang sehingga ketitisan darah mereka yang terakhir.Al -Fatihah

2 comments:

  1. saya bangga isteri almarhum sangat redha. semoga syahidnya para anggota kita menjadi contoh untuk rakyat malaysia sayangkan negara

    ReplyDelete
  2. dan saya juga berasa Tian Cuak juga pernah berniat nak mati katak, sebab tu dia kutuk pejuang2 kita yang sebenar...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.