Wednesday, March 6, 2013

Najib Ikrar Pertahankan Kedaulatan Malaysia


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar bahawa beliau tidak sesekali akan membiarkan seinci pun bumi Malaysia digugat atau dinodai oleh sesiapa. Perdana Menteri menegaskan, sebagai ketua kerajaan, beliau perlu memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terjamin dan atas faktor itu, satu operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan telah digerakkan bagi menumpaskan kumpulan penceroboh Sulu di Lahad Datu, pagi ini.

 Katanya, memang pada mulanya niat kerajaan ketika isu pencerobohan itu mula timbul tidak lain tidak bukan untuk tidak membenarkan setitik darah pun tertumpah di bumi Sabah sama ada di pihak Malaysia mahupun kumpulan penceroboh. ''Namun saya merasa amat dukacita bahawa niat yang baik dan murni ini telah dibalas dengan tindakan menembak dan membunuh dengan cara sangat kejam yang dilakukan terhadap pasukan polis kita.

 ''Oleh itu, sebagai ketua kerajaan saya mengambil keputusan bahawa masa untuk kita memberikan apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita perlu bertindak dengan segala kekuatan yang ada,'' katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 16,000 hadirin ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zainal Abidin Jaffar. Najib dalam pada itu berkata, operasi besar-besaran tersebut telah dimulakan dengan serangan udara oleh pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira pukul 10 pagi.

 ''Pada saat saya sedang berucap ini pasukan tentera darat dan anggota polis dalam kereta perisai dengan anggota-anggota yang mengikuti di belakangnya sedang melakukan tindakan untuk memberkas dan menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,'' ujarnya

Menyentuh isu sama Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur bahawa rakyat Malaysia pada umumnya menyokong penuh pendirian dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.

2 comments:

  1. ckp pertahan negara la.duk bg ic, sm je mcm jual negara.org asing blh beli tanah ape.bodoh najib.yg ikut dia smua bodoh2,mata pulong.

    ReplyDelete
  2. betul tu, pasai tu la kat penang, Lim Guan Eng tak bagi org lain beli tanah dan rumah, kat Balik Pulau tempat aku pun, rumah baru naik paling murah rm800 ribu sampai 2-3 juta, semua Lim Guan Eng suruh melayu yang beli, tanah kosong kerajaan pusat nak buat rumah rakyat kat Jalan Bharu ti terbengkalai je sbb Khalifah Lim tak bg kelulusan, sapa yang sokong Khalifah Lim mmg pandai, nnt blh ajar anak2 kita baca bible yg ada kalimah Allah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.