Sunday, March 24, 2013

Malam Cinta Rasul : TPM @MuhyiddinYassin Bersama Rakyat Semarakkan Cinta Kepada Nabi Muhammad S.A.W


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri program 'Malam Cinta Rasul' di Dataran Merdeka yang bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk mencontohi kepimpinan Nabi Muhammmad SAW.

Muhyiddin tiba di lokasi majlis di sini pada kira-kira 9 malam tadi ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Tokoh qasidah terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf bersama Pemimpin Majlis Ta'alim Darul Murtadza,Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Program tiga jam itu, antara lain, menampilkan tokoh qasidah terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf. Malam Cinta Rasul anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). -BERNAMA

Komentar KP: KP ucapkan tahniah kpd penganjur dan penyiar rasmi program ini iaitu TV Al Hijrah kerana berjaya menganjurkan lagi Malam Cinta Rasul ini dan bertempat di Datran Merdeka, suatu tempat yg KP rasa sangat strategik di tengah-tengah bandaraya KL dan berjaya menarik ribuan hadirin yang hadir.Ini juga suatu dakwah yang berkesan kepada bukan Islam melalui lantunan qasidah yang sangat merdu. Ramai orang bukan Islam sekitar Dataran Merdeka tadi melihat perjalanan program ini.Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Kedatangan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap program2 yang mendekatkan umat Islam kembali kepada agama.Rasanya belum pernah lagi ada pemimpin negara turun duduk bersama rakyat selama 3 jam melantunkan qasidah dan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih kpd TPM kerana sudi hadir.KP juga sempat menghadirkan diri di program ini dan sayu apabila saat mensedekahkah Al fatihah kepada perajurit negara yang terkorban di Lahad Datu dan nyanyian lagu Negaraku beramai-ramai diketuai oleh seorang pegawai PDRM.

Dulu Dataran Merdeka ini sudah tercemar dengan budaya  demonstrasi jalanan PR dan himpunan buang masa oleh mereka.Kerajaan kita bersih dan sucikan kawasan Dataran Merdeka dengan penganjuran program lantunan zikir pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.Itu beza BN dan PR.

3 comments:

  1. Alhamdulillah... buat program yang Islamik...tapi sebaiknya janglah tuduh PR cemarkan Dataran Merdeka... Hakikatnya terlalu banyak program yang di anjurkan oleh pihak kerajaaan di Dataran Merdeka yang telah mencemarkan dataran ini...sedar ke tidak admin....ke sahaja buat tak tahu...Allah SWT Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  2. rasa nya xperlu la kte kait an politik.. knapa nk tuduh menuduh nie.. seblom berkata selidik dulu.. renung2 kan la.. bersatu la cz kte nie satu agama.. jgn kerana pahaman politik yg berbeza agama pon kena nak politik an jga.. setiap mnusia da kelbhn n kekrgan xsemua semprna tp tgur menugur 2 pkra wajib kn..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.