Sunday, March 3, 2013

Musa Hassan Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Ke Atas Sabah ,Anwar Sudah Gelabah ??


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendesak pihak berkuasa menyiasat maklumat media antarabangsa yang mendakwa pembangkang terlibat dalam pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

 Menurutnya, pihak berkuasa harus menyiasat sama ada maklumat itu benar atau tidak kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. “Pihak berkuasa perlu pastikan sama ada maklumat atau dakwaan itu benar atau tidak. Jika benar, mereka harus mengambil tindakan segera,” katanya.

 Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan negara itu mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu. Beliau juga menyelar kenyataan beberapa ahli politik yang cuba memperlekehkan usaha pasukan keselamatan, kerana ia dilihat dapat mengeruhkan lagi keadaan.

 “Sepatutnya semua orang bersatu padu untuk menentukan konflik itu dapat diselesaikan, bukan tuduh menuduh antara satu sama lain,” katanya pada sidang media bersama wakil 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, semalam.

 Beliau berkata, kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah baik dan mampu menamatkan konflik di Lahad Datu. “Saya percaya beberapa pegawai yang terlibat dalam operasi itu cukup berpengalaman. Mereka boleh memberi pandangan untuk menangani masalah tersebut,” katanya.

 Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor menasihatkan penduduk Sabah terutamanya yang tinggal di kawasan berlakunya insiden pecerobohan di Lahat Datu dan Semporna memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu pihak berkuasa membanteras dan menyelesaikan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina.

 Rahim berkata, antara bentuk kerjasama yang boleh diberikan termasuklah menyalurkan maklumat kepada polis jika mendapati mana-mana individu yang mencurigai berada di kawasan mereka. “Kemungkinan mereka ini menyerupai warga tempatan dan membolehkan mereka menyeludup masuk. Jadi penduduk tempatan harus berhati-hati dan sesiapa yang mereka syak, mesti segera lapor.

 “Penduduk tempatan harus tahu bahawa orang Sulu ini adalah keturunan lanun. Mereka kuat jadi perlu sangat berhati-hati. Kalau ada orang yang tidak dikenali, jangan mudah buka pintu atau beri makan dan minum,” katanya kepada Sinar Harian Online.

 Sementara itu, Rahim menambah, kerjasama ini penting bagi memastikan pihak penceroboh tidak akan mengambil kesempatan terhadap orang awam. “Mudah-mudahan situasi tawanan tidak akan berlaku, kerana jika pihak penceroboh berada dalam terdesak, mereka boleh melakukan apa sahaja,” jelas beliau.

 Mengulas perkara sama, beliau turut mendakwa kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno didakwa sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

 Beliau mendakwa, kenyataan ahli parlimen itu tidak boleh diterima dan sedangkan semua sedia maklum, penceroboh berkenaan sudah lama merancang untuk merampas Sabah. “Pada hemat saya, PKR juga tidak kurang juga kepintaran mereka dalam bersandiwara. Saya juga pelik bagaimana Tian Chua sebegitu mudah menggunakan istilah sandiwara seperi menyebut ABC.

 “Kalaulah benar dakwaan dia (Tian Chua), takkan pemimpin Umno boleh ambil tindakan demikian sehingga sanggup meletakkan keadaan anggota keselamatan negara berada dalam keadaan bahaya. Soalnya sekarang, adakah Umno sudah gila atau Tian Chua sendiri yang sudah tidak betul?” katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.