Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memuji tindakan dan strategi yang digunakan anggota keselamatan dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Yang Dipertuanya, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, tindakan mengepung penceroboh tanpa sebarang penggunaan senjata dianggap satu kaedah terbaik dalam menjaga keharmonian di antara kerajaan Malaysia dan Filipina.
Menurutnya, golongan ulama sentiasa mendoakan isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan insiden yang tidak diingini.
"Kita dengan mereka adalah saudara sesama Islam, oleh itu baliklah ke negara asal kamu, jangan ceroboh negara kami. "Saya puji tindakan anggota keselamatan kita yang bijak menangani isu ini, saya harap penceroboh ini dapat faham dan balik dengan cara yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan anggota keselamatan mengendalikan isu ini tanpa sebarang kekerasan terhadap insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Menurutnya, pencerobohan dengan jumlah yang ramai menunjukkan kumpulan ini mempunyai matlamat tersendiri dan wajar diberi perhatian oleh anggota keselamatan Malaysia.
"Mereka ceroboh negara kita dengan bawa senjata dalam jumlah anggota yang ramai, pasti ada matlamat lain. "Namun, saya menggesa agar kita tidak mengambil hati tentang kesalahan itu, asalkan penceroboh ini dapat pulang ke negara asal," katanya.-Utara News
SEMUANYA BERPUNCA DARI PROJEK PEMBERIAN IC OLEH UMNO KERANA NAK PERTAHAN KUASA. 7 ANGGOTA POLIS DAH TERKORBAN. NAJIB PUKIMAK MASIH DOK SIBUK BERKEMPEN. POLIS SEMUA SOKONG LA UMNO LAGI.
ReplyDeleteKalau dikaitkan Projek IC, pegi tanya sama Anwar kerana dia TPM pada masa tu. Tak kan tak tau apa2
ReplyDeleteamboiiii...salahkan najib pla...siap menghina najib pla..brim amik ke????dasar rakyat malasyia tak sedar diri..sebelum memaki najib baik ko selidik siapa Anwar ibrahim sebenrnya
ReplyDelete