Hari ini Guan Eng melakonkan satu lagi drama dengan menyerahkan kereta rasmi kerajaan negeri kepada SUK berikutan pembubaran DUN pada Jumaat lalu .
“Penyerahan kunci kenderaan rasmi ini turut melibatkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta barisan exco dan Setiausaha Politik Ketua Menteri,” katanya kepada media selepas menyerahkan kunci kenderaan rasminya semalam.
Menurutnya, selepas penyerahan itu, beliau serta kesemua exco akan menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak sama ada untuk majlis rasmi mahupun berkempen.
“Tindakan ini menunjukkan integriti yang kita pegang walaupun kita hanya pemegang amanah ketika ini berikutan pembubaran Dun baru-baru ini. Kenderaan yang diberikan perlu digunakan dengan betul, untuk majlis rasmi, bukan untuk berkempen atau urusan parti.
Kita mesti jujur dalam menggunakan harta rasmi kerajaan negeri,” katanya.
Tokong DAP ini yang seperti kita semua tahu memang pandai berlakon dan penyerahan kenderaan untuk menunjuk bahawa dia dan barisan Exconya adalah pemimpin paling berintergriti & jujur sekali.
Apa yang Guan Eng tahu tentang intergriti ?? Bekas bos dari Transperncy Malaysia iaitu Tunku Aziz pun mahu disogok & dibelinya dengan harga RM50 ribu. Jadi berintergriti kah pemimpin seperti Guan Eng ini ??
Ternyata beliau hanya pandai berlakon drama di depan rakyat kononnya berimej bersih & tak rasuah. Seperti kata Tunku Aziz , " Guan Eng adalah pemimpin yang tidak boleh dipercayai "
Mana agaknya Lim Guan Eng nak sorok muka dengan pendedahan terbaru Tunku Abdul Aziz Ibrahim ini.
DAP selalu mengambarkan ia sebuah parti yang ‘baik-baik’,tak main duit dan sogok jawatan. Apa yang berlaku pada Naib Pengerusi DAP yang letak jawatan Selasa membuka habis pekong yang terselindung selama ini.
Dalam interbiu dengan akhbar The Star yang disiar Rabu,Tunku Aziz mendedahkan Guan Eng ada menelefon pada hari Ahad lalu untuk memujuknya jangan keluar parti.
Ganjaran yang menjadi umpan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ialah fellow dalam badan pemikir Penang Institute yang membolehkannya ‘berjalan sakan’ Katanya kemudianya Setiausaha Politik Ketua Menteri itu,Zairil Khir Johari pula menelefonnya bagitau tawaran itu datang dengan ganjaran elaun RM50,000.
Ini semua sebagai ganti jawatan Senator beliau yang tidak disambung semula. Tunku Aziz bukanlah orang sebarangan.Beliau adalah bekas penasihat Bank Negara dan bekas Naib Presiden Tranparency International.
Nak main-main dengan orang macam ini ..maka Guan Eng kena sebijik dimuka bila beliau sifatkan Setiausaha Agung DAP itu ‘biadap’. Katanya mereka tiada adap dan tiada rasa hormat pada orang. Lebih teruk lagi Tunku Aziz kata Guan Eng orang yang tidak boleh dipercayai.
Katanya keputusan letak jawatan parti itu adalah muktamad dan tidak boleh dipujuk lagi.-16/5/2012
(Sumber Agenda Daily)
Tak payah nak berlakon le...dah muak dengan lakonannya.
ReplyDelete5 tahun saya di Penang bawah kerajaan dia... cukup faham dan masak. Memang betulle apa yang BN gempar-gempur kan.
Sebab tu le lari dari Melaka...Sebab orang Melaka dah tahu perangai apek ni.
Orang Penang... fikir-fikir le