Monday, April 8, 2013

Papagomo Bakal Bertanding Sebagai Calon BEBAS Melawan Anwar Ibrahim ??


KUALA LUMPUR 8 April - Pemilik blog Papagomo akan bertanding sebagai calon bebas untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik yang menjadi jurucakap calon itu berkata, Papagomo sedia bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

 Mohamad Rafi berkata, keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu.

 "Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum," kata Papagomo dalam kenyataan itu. - UTUSAN MALAYSIA

1 comment:

  1. Buang masa aje si Papagomo ni. This is not your forte...lebih baik jadi wartawan.

    Anyway Anuar happy bila you bertanding, dapat pecahkan undi BN. So, Papagomo, which side you are actually belong?

    Fikir-fikirkan lah....

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.