Monday, April 8, 2013

Tuduhan Jahat Nik Aziz : Kalau Rasulullah S.A.W Masih Hidup,UMNO Juga Akan Tentang Rasulullah S.A.W


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

 “Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas. Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

 “Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.

 Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam. Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.

 “Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala. “Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya.

 Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.

 “Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya.

 Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam

 “Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,” katanya.

Komentar KP : Makin hari menjelang pilihanraya,makin meroyan Nik Aziz dengan fatwa-fatwa politiknya .Dulu ,kata solat orang UMNO tak boleh pahala sebab tolak Islam ,kali ini kata kalau Rasulullah S.A.W masih hidup,UMNO juga menentang Rasulullah...Astaghfirullah .Sampai begitu sekali tuduhan Nik Aziz terhadap UMNO .Rasanya ulama-ulama terdahulu tidak berani untuk menggunakan Rasulullah sebagai perumpamaan untuk memburukkan puak lain kerana adab mereka kepada Rasulullah S.A.W yang sangat tinggi.Tapi,hairan pulak hari ini apabila ada ulama yang senang-senang menjadikan Rasulullah sebagai mangsa untuk memburukan musuh politiknya.

Kalau ulama sendiri tidak beradab dengan Rasulullah dan menunjukkan contoh tauladan yang baik,bagaimana dengan umat Islam sekelilingnya ?? Jika Mursyidul Am PAS sanggup berkata sedemikian,KP tidak hairan jika ada ahli PAS dari Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri sebelum ini tuduh UMNO akan keluarkan video seks Rasulullah jika Rasulullah masih ada kerana niat untuk memburukkan UMNO dengan menjadikan nama Nabi sebagai hujah untuk menghentam UMNO.

Inilah yang dikatakan mempolitikkan agama untuk kepentingan parti dan bukannya Islam.Kalau betul untuk Islam,tak tergamak Nik Aziz dan ahli PAS nak tuduh UMNO sedemikian rupa.Jahat sangatkah UMNO.

KP teringat suatu kisah di zaman Khalifah Harun Ar Rasyid dimana ada seorang khatib ini yang selalu mengkritik Khalifah di dalam khutbahnya sehingga sampai tahap penghinaan dan akhirnya dipanggil oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid .Khalifah itu bertanya "Wahai khatib,kenapa setiap kali aku sembahyang engkau hentam ??Kata khatib itu "aku melakukan itu kerana Allah dan Rasul menyuruh aku melakukan itu".Khalifah itu menjawab " Kamu jangan berdusta diatas nama Allah dan Rasulnya,kalau benarlah Allah dan Rasul menyuruh engkau mengatakan sedemikian,apakah aku ini lebih hina dripada firaun dan engkau itu lebih mulia daripada Nabi Musa A.S ?? Maka khatib itu berkata " Tidak juga ".Khalifah itu kemudian berkata "jika engkau tidak semulia Nabi Musa dan aku tidak sehina dan sejahat Firaun kenapa di dalam Al Quran Allah menyuruh Nabi Musa dan Nabi Harun pergi kepada Firaun dan menyuruh berkata dengan perkataan yang lembut seperti dalam firmanNya:

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut. [Surah Taha :43-44]

 Adakah Nik Aziz itu semulia daripada Nabi Musa dan UMNO ini sejahat firaun ??Kenapa Nik Aziz dengan mudah suka pukul rata dan membuat tuduhan jahat sebegini ??

Satu lagi yang menarik perhatian ialah berkenaan isu manifesto BN yang Nik Aziz kata mengarut sebab tolak Islam.KP nak tanya Nik Aziz sendiri ,adakah PR itu mengambil dasar Islam sebagai dasar bersama dalam pakatan ??Jadi,manifesto PR pun mengarut juga jik ikut kata Nik Aziz sebab tolak Islam.Ibarat "meludah ke langit jatuh ke muka sendiri",itulah perumpaan yang sesuai untuk kenyataan Nik Aziz



6 comments:

  1. mudah sangat Nik Aziz beri penjelasan.... tak payah fikir-fikir, tak payah tanya orang lain ?

    ReplyDelete
  2. Dulu dia tok guru,lepas tu naik jadi nabi,sekarang ni dah jadi tuhan pulak kot.tuhan bagi sekelian umat PAS.

    ReplyDelete
  3. siapa yg kata nabi Muhammad masa kecik cam budak mamat kampung aje...siapa yg yg perlekeh nabi Muhammad...

    Sedar la Nik Ajis OOiii...

    ReplyDelete
  4. Nik Aziz dan PAS tak tolak Islam, yg sebetulnya mrk bukan hanya gadai tapi jual terus Islam dan kalimah Allah.

    Dlm manifesto bukan janji PR, sana sini sebut Islam aje .. TURUNKAN HARGA MINYAK CARA ISLAM, TURUNKAN HARGA KERETA CARA ISLAM, HAPUS TOL CARA ISLAM, dan mcm2 lagi semua cara Islam.

    Yg takde disentuh hanyalah MACAMANA NAK BUAT NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD ISLAM cara PR. Pasal apa? Takut Karpal singh lepaskan anjing bulldognya, nanti gigit telor Nik Aziz, nanti dah tak bertelor jadi gay pulak ...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Allah pelihara martabat dan darjat nabi-nabinya dari fitnah manusia... Andaikatalah Rasulullah tidak istiharkan bahwa sesudah Baginda 'tidak ada lagi Nabi...' barangkali hari ini akan wujud ramai nabi-nabi di Malaysia... Nik Aziz Mengaku Nabi... Hj. Hadi mengaku Nabi... Anwar Ibrahim mengaku Nabi.... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  6. INILAH AKIBAT BILA MELAYU SEMAKIN LEMAH…!! JADI BAHAN KETAWA KAUM LAIN!!
    PELIK GAK BILA BUKA FB DS NAJIB MAUPUN TUN DR M, TOK GURU NIK AZIZ , DS ANUAR DAN YANG LAIN-LAIN...SAMA JE!!!! RATA-RATA AIB MENGAIB, KUTUK MENGETUK, KATA MENGATA, KEJI MENGEJI, UMPAT MENGUMPAT, TUDUH MENUDUH, PERLI MEMERLI, HINA MENGHINA, BANTAI MENBANTAI, CAKAR MENCAKAR, TARUH MENARUH, GADUH BERGADUH, MARAH MEMARAH, HOT MENGHOT, LOBAK MELOBAK (CAROT), HENTAM MENGENTAM , BOM MEGEBOM, LAGA MELAGA DAN MACAM-MACAM LAGI…YANG ANEH RATA-RATA ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM YG PALING BANYAK TERLIBAT DALAM AKTIVITI INI..!! BAIK DARI PIHAK YANG MEMIMPIN MAHUPUN YANG DIPIMPIN. YANG TAK SEBULU DENGAN KITA KETAWA BERBAHAK2 MELIHAT BANGSA MELAYU ISLAM BERKELAHI TAK TAU MALU!
    SEDARLAH PERANGAI BURUK ANDA INI MENJADI PERHATIAN DAN PERBUALAN PIHAK LAIN YANG SENTIASA MENANTI BERLAKUNYA PERKARA INI. PERTELINGKAHAN SEMASA MELAYU MENGUNTUNGKAN “BUAYA” LAIN YG SENTIASA MENANTI UTK MEMBAHAM SECARA SENYAP KERANA TAU DARI PENGALAMAN 13 MEI BHW BERTARUNG/BERPERANG SECARA FIZIKAL TIDAK AKAN BERKESAN KERANA MELAYU DARAH PAHLAWAN.. TETAPI DENGAN STRATEGI LAGA-MELAGA SEPERTI INI AMAT BERKESAN UTK MEMECAH BELAHKAN KAUM MELAYU KERANA STRATEGI MERAKA IALAH PECAH DAN PERINTAH!!!
    SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM BERBANGSA MELAYU TERUTAMANYA PEMIMPIN KEDUA-DUA PIHAK YANG BERBALAH…PERBALAHAN INI AKAN MENGHANCURKAN MASA DEPAN MELAYU SENDIRI..JANGAN TERLALU TAKSUB BAHAWA HANG TUAH PERNAH BERKATA..”MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA!”…MUNGKIN BENAR GAK CAKAP MOYANG KITA…TETAPI ApA GUNANYA JIKA HIDUP DI DUNIA TETAPI MARUAH TERGADAI SEPERTI PELACUR DI JALANAN!!!!! BAIK MATI JE DARI HIDUP SEBAGAI BANGKAI YG TERUS DIBAHAM DENGAN RAKUS OLEH BUAYA2 DARAT YG SEDIA MENANTI UTK MENGHANCURKAN MASA DEPAN BANGSA MELAYU.
    SEDARLAH DENGAN MEMBUKA AIB SESAMA KITA AMAT DILARANG OLEH ALLAH SWT. MALAHAN MERTABAT MELAYU ISLAM AMAT RENDAH PADA PANDANGAN BUAYA-BUAYA INI SEHINGGA KITA DIPERSENDAKAN OLEH MEREKA. MANAKAN TIDAK KERANA KITA YG MEMBUKA PEKONG DI DADA SENDIRI DENGAN BERBAGAI2 TOMAHAN. SEHINGGA DITUDUH AGAMA ISLAM ROSAK KERANA BANGSA MELAYU SENDIRI!! BANGSA YG SELALU LAYU JE…….BAB TU NAMA PUN DAH ME….LAYU!!! SAKIT HATI KITA MENDENGAR NYA TETAPI PADA HAKIKATNYA IA ANGKARA KITA JUGA!!!
    INFASLAH…WAHAI ORG MELAYU TERMASUK UMNO DAN PAS…PELIK NAK KOMPROMI DENGAN PIHAK LAIN ANYTIME SEHINGGA WUJUD BARISAN DAN PAKATAN…YG UMNO + MCA DAN PAS + DAP!!!!!!! BUKAN KAH PELIK ORANG MELAYU SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN WALHAL SAMA2 ISLAM!!!! BETUL KATA ARWAH GURU CUM BAPAK ANGKAT SAYA…PESANAN TERAKHIR SEBELUM DIJEMPUT MALAIKAT MAUT…” SON..DONT BE A MALAY BUT BE A MUSLIM”…!!!! HARAP GENERASI KU FAHAM APA MAKSUD WASIAT INI..! BUKAN TUJUAN UTK MEMERLI JAUH SEKALI MENGUMPAT TETAPI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN SAUDARA SAUDARI SEDARAH YG KU KASIHI…WASALAM TUN JEBAT.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.