BARISAN NASIONAL menawarkan 150 janji baru yang PASTI DITEPATI jika diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir negara selepas PRU13..
112 daripada janji ini telah pun dilaksanakan dibawah program TRANSFORMASI kerajaan, dan yang selebihnya akan ditambah bagi mengukuhkan lagi janji-janji yang telah dibuat demi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018...
Tidak seperti Manifesto Pembangkang yang dibuat secara semberono, Manifesto Barisan Nasional yang dibentangkan sebantar lagi sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan terperinci..
Pendekatan manifesto yang dibawa dapat memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
Antara janji-janji Kerajaan Barisan Nasional yang telah ditepati ialah penambahan BR1M dalam segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan.Selepas melihat kejayaan BR1M 1.0 dalam membantu meringankan beban rakyat Malaysia, berpandukan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat, Kerajaan Barisan Nasional sebulat suara bersetuju untuk meneruskan pemberian BR1M 2.0 untuk rakyat Malaysia.
Setelah JANJI DITEPATI dalam pemberian BR1M 1.0 dan 2.0, Baucer Buku 1 Malaysia dan Bantuan Persekolahan 1 Malaysia pelbagai pujian, rintihan dan rungutan telah diterima oleh Kerajaan..Semua maklumbalas tersebut telah dikaji dengan teliti dalam usaha Kerajaan Barisan Nasional menjadikan sebuah kerajaan yang mendengar dan berjiwa rakyat...
KEPUTUSANNYA...
BR1M telah dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Manakala Baucer Buku 1 Malaysia pula dinaikkan kepada RM300 dan Bantuan Persekolah dinaikkan kepada RM150.
SELAIN ITU..
KERAJAAN BARISAN NASIONAL JUGA BERSETUJU UNTUK MELAKSANAKAN..
-Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
-Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
-Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
-1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
-Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
-Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
-Membina Lebuhraya Pan Borneo.
-Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
-Sekolah satu sesi diperluaskan.
-Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
-Transformasi sekolah vokasional.
-4,000 anggota Polis setiap tahun.
-Penggunaan SafeCam.
-Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.
Klik untuk mendapatkan info lengkap berkenaan manifesto BN
http://manifestopru13.com/mobile.php#sthash.Z5HTV7Bv.dpbs
YEEESSSSSSSSSSSSS.....SOKONG UMNO...JOM KITA PAKAT PANGKAH BN...KITA SOKONG DS NAJIB BERDEBAT SECARA LIVE DENGAN ANUAR IBRAHIM SIALAN TU...
ReplyDeleteTerbaiikkk....!!! dah ubah fikiran nak pangkah BN . Lepas ni harap - harap rakyat dan semua PA dapat menarik nafas lega . Harap pihak kerajaan dapat wujudkan satu badan kerajaan untuk memantau para peniaga yang suka menaikkan harga barang dan menambah bilangan kedai 1malaysia . Sebagai PA yang bergred rendah bukan niat tak bersyukur dengan apa yang kerajaan dah beri , cuma dah bertahun kerja dan telah terima kenaikan RM80 baru KGT pun masih tak mampu nak cover harga perbelanjaan dan sehingga kini masih menyewa sebab Bank tolak bulat - bulat permohonan beli rumah dengan alasan COMITMENT tidak layak . Kalau ada pun kena bayar RM780.00 - RM1500.00 sebulan dan kadar bayaran akan naik ikut peringkat . Terus terang saya tidak mampu , saya tak nak guna wang gaji yang dah saya peruntukkan untuk anak saya di tabung SSPN . Cuma fikirkanlah kenapa ramai PA khususnya gred rendah nak tukar baju . Sejujurnya bila PA dapat bonus dan KGT sebenarnya ia milik peniaga . Dengar PA dapat bonus dan KGT harga pun ikut naik . Dulu hingga kini PA naik motor tapi peniaga tukar kereta mewah setiap tahun tu belum kira ada berapa biji parking kat rumah .
ReplyDeleteamacam.. dapat tak BR1M rm1200?
ReplyDeleteBangang Abadi..Sokong lagi BN..
ReplyDelete