ALOR SETAR 7 April - Pas tidak akan menarik semula persetujuannya membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus mengetepikan keresahan ahlinya di peringkat akar umbi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebenaran berkenaan diberikan kerana Pas dan DAP mempunyai persefahaman bersama atas konsep resolusi yang disepakati antara parti dalam pakatan pembangkang.
''Kita bersedia beri DAP guna lambang Pas kalau DAP tidak diizinkan menggunakan lambangnya,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang semut di sini malam tadi.
Mengenai saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa agar pemimpin DAP menyatakan pendirian mereka terhadap dasar perjuangan Pas sebelum menggunakan lambang parti itu, Abdul Hadi berkata, Nasharudin hanya ahli biasa yang tidak mengikuti perkembangan.
Komentar KP : Kedegilan PAS untuk mendengar suara akar umbi yang menjadi tulang belakang jentera pilihanraya akan membawa padah kepada PAS apabila Hj Hadi bersetuju untuk membenarkan lambang PAS digunakan oleh DAP.
Teguran daripada Ustaz Nasharuddin Mat Isa ,bekas Timbalan Presiden PAS yang kini hanya ahli biasa tidak diendahkan Hj Hadi dengan alasan Nasharuddin tidak ikuti perkembangan.Apa hal pulak Nasharuddin tidak ikuti perkembangan PAS ??Sedangkan dulu dia lah diantara orang no.2 dalam parti yang akhirnya dikambing hitamkan oleh PAS untuk memuaskan nafsu amarah DAP dan PKR yang tidak menyukai tindak-tanduk beliau selama ini.
Beginilah rupanya layanan PAS kepada orang yang sudah banyak jasanya kepada parti,orang yang mana diasuh oleh Almarhum Ust Fadzil Noor ketika di dalam PAS yang akhirnya ditikam perjuangan politiknya oleh PAS sendiri.Sepatutnya Hj Hadi mengambil pendirian berhati-hati dan mendengar saranan Ustaz Nasharuddin agar DAP menyatakan pendirian kenapa hendak menggunakan lambang PAS.Pasti ada agenda tersembunyi oleh DAP yang PAS tidak tahu yang akan digunakan dalam pilihanraya nanti.Inilah yang dimaksudkan oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.