PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno. "Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.
"Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu. Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.
"Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan," katanya. Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.
Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.
Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.-BERNAMA
Jahat betina ni. DAlam masa kekuatan dan persatuan parti sangat di perlukan dia mempunyai keupayaan besar membantu telah belot.
ReplyDeleteCelaka betina ni! Jangan lagi berbaik dengannya
Inilah masalahnya bila kita menjadi manusia yang tidak berperinsip. Manusia tak ada prinsip lebih utamakan kehendak dirinya daripada kehendak pihak ramai.Lebih pentingkan dirinya daripada orang lain. Jika kecewa sekali pun ingatlah UMNO lebih penting daripada mengikut nafsu sendiri. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian apa gunyanya. Jangan pula selepas ini akan memburuk-burukan UMNO pula dalam kempen mengejar kerusi. Kita kesal tetapi kita tetap hormati keputusan beliau. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya!
ReplyDeleteBila menganggap menjadi pemimpin itu penting untuk kuasa bukan kerana amanah, ini lah jadinya. Krisis dan perebutan kuasa sudah menjadi satu lumrah dalam UMNO. Jolok menjolok, tikam menikam, cantas mencantas sudah sebati antara para pemimpinnya.
ReplyDeleteInilah sedih dan sesalnya dengan sikap UMNO pada hari ini. Kekuasaan diperlukan untuk menagih kekayaan dan memenuhkan poket sahaja.
Jadi tidak hairan jika kuasa tiada, ada yg meraung meratap hingga akhirnya menjadi calon bebas. Tidak kira UMNO mahukan PKR, dua dua sama sahaja.