Perebutan kerusi DUN Sungai Acheh antara PKR dan PAS sampai ke kemuncak hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan tiga penjuru di kerusi berkenaan termasuk penyandang Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN).
PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon parti itu akan menentang Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah. Kesemua mereka menyerahkan borang di pusat pencalonan di sini pagi tadi.
"Saya telah dipilih oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk bertanding di sini dan ia adalah mandat dari Pakatan," kata Badrul. Betul ke dapat mandat tapi apa pulak kata macai-macai PAS lepas nie.
Mohd Yusni sebelum ini menyatakan perasaan terkejut apabila Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman mengumumkan akan meletakkan calon untuk bertanding di Sungai Acheh walaupun telah bersetuju kerusi tersebut milik PAS.
Pencalonan Mohd Yusni diumumkan oleh Ketua PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man pada Rabu minggu lalu. "Saya ingat Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) akan diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Nibong Tebal.
Saya jangkakan perkara ini kerana saya dan beliau telah bekerjasama secara rapat.”
Komentar KP : Pertembungan 3 penjuru di DUN Sungai Acheh,Nibong Tebal hari ini menjadi bukti bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah sepakat walaupun mereka menggunakan nama Pakatan Rakyat dalam pakatan mereka.Tiada tolak ansur dan kesepakatan dalam pembahagian kerusi ini menunjukkan bahawa pakatan yang mereka canang akan membawa perubahan ini sebenarnya adalah kata-kata retorik semata-mata.
UMNO Nibong Tebal perlu menggunakan kelebihan ini untuk mendapatkan undi kerana jika dikira secara kasar ,akan berlaku pecah undi di DUN Sungai Acheh yang mana pasti bahawa penyokong PAS tegar akan tetap memberi undi kepada calon mereka begitulah sebalik bagi penyokong PKR.Jadi,isu ini perlu dimainkan dengan baik untuk menarik keyakinan pengundi bahawa PR tidak boleh diharap untuk kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat kerana tidak ada kesepakatan antara mereka.
KP ucapkan selamat bertanding buat Dato Zainal Abidin Osman dan kesemua calon BN di dalam Parlimen Nibong Tebal,semoga UMNO /BN diberi kemenangan besar di sana.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.