Pada tanggal 14 April 2013,UIAM mencatat sejarah apabilah berjaya menghasilkan logo UIAM dengan menggunakan donut dan ianya merupakan salah satu acara dalam Karnival SRC yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.
Sejarah ini juga telah dimasukkan dalam The Malaysian Book Of Records sebagai rekod pertama menghasilkan sebegitu besar logo universiti daripada susunan donut yang berjumlah 19,300 biji.Kosnya yang menelan belanja hampir RM 20,000 itu dijadikan sebagai satu program kebajikan yang mana kemudiannya donut tersebut akan diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim,pelajar-pelajar sekolah sekitar,mahasiswa,staf universiti dan lain-lain.
Sejarah ini juga telah dimasukkan dalam The Malaysian Book Of Records sebagai rekod pertama menghasilkan sebegitu besar logo universiti daripada susunan donut yang berjumlah 19,300 biji.Kosnya yang menelan belanja hampir RM 20,000 itu dijadikan sebagai satu program kebajikan yang mana kemudiannya donut tersebut akan diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim,pelajar-pelajar sekolah sekitar,mahasiswa,staf universiti dan lain-lain.
Tetapi,program ini menerima kecaman hebat oleh cytro pembangkang yang mengatakan bahawa mahasiswa UIA diperbodohkan dengan aktiviti yang tidak berintelektual ,patutlah UIA tak tersenarai sebagai uni. penyelidikan sebab buat program bodoh nak glamor ,mahasiswa diperkuda oleh UMNO/BN dan pelbagai lagi tohmahan yang dilemparkan.
Dibawah ini merupakan tweet yang kutuk program Doughnut Of Hope
Sebenarnya,KP hairan jugak kenapa pembangkang sibuk nak hentam UIA sedangkan di situlah lahirnya mahasiswa-mahasiswi yang sangat totok dan penyokong tegar pembangkang terutamanya PAS.Kepimpinan SRC (Majlis Perwakilan Pelajar) kini pun diterajui oleh penyokong tegar pembangkang dan sehinggakan tweet bahawa pelajar-pelajar UIA semuanya tolak UMNO/BN kalau rekod Donut ini masuk World Book Of Record.Nampak tak ??
Jadi,apa agaknya perasaan kepimpinan SRC yang kuat menyokong pakatan pembangkang nie apabila dikritik hebat macai-macai pembangkang sendiri di laman facebook,twitter dan blog ??Kononnya mahasiswa UIA dibodohkan oleh UMNO dengan acara sebegini.Menurut maklumat yang KP terima,acara ini sebenarnya dicadangkan oleh tenure SRC yang lepas tetapi dek kerana beberapa masalah teknikal ianya ditangguhkan dan diteruskan agenda ini oleh kepimpinan SRC kini.Jadi ,tiada isu ianya kena mengena dengan kerajaan dan UMNO kerana ianya cetusan idea daripada mahasiswa sendiri.
Presiden SRC IIUM 12/13 Hamidi Zamri (KENMS) |
Diantara blog pembangkang yang mengkritik ialah blogger Hishamuddin Rais(Tukar Tiub)
Pelbagai komen makian,cacian,tohmahan dan pelbagai lagi ditujukan kepada Mahasiswa UIA yang buat program ini di dalam dua artikel terbabit dan wajar Mahasiswa UIA sedar bahawa pembangkang akan kutuk apa pun program yang baik seperti mana yang kerajaan BN buat pelbagai transformasi yang baik untuk negara.Mereka tetap akan kutuk walaupun niatnya sangat baik.Kini universiti pulak jadi mangsa serangan politik mereka dan macai-macai pembangkang ini tidak sedar bahawa yang mereka kutuk mahasiswa bodoh itulah yang banyaknya menyokong pembangkang dan menolak UMNO/BN.
Jadi,mahasiswa rasanya sudah bijak membuat pertimbangan sewajarnya dan melihat kerancakan pembangkang menghentam mahasiswa UIA bukti bahawa pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi tidak tahu melaksana dan merealisasikannya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.