Monday, April 15, 2013

Tun Dr. Mahathir : Ramai Ulama Tinggalkan PAS Kerana Tersasar Daripada Tujuan Asal Penubuhannya


ALOR SETAR - Tindakan ramai ulama Pas meninggalkan parti itu membuktikan Pas kini telah jauh tersasar daripada tujuan asal penubuhannya.  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kesalahan besar Pas alah kerana berkawan dengan DAP yang jelas menolak Islam.

 "Nasib orang Melayu menjadi lebih malang apabila Pas bekerjasama dengan DAP yang jelas menolak Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui pakatan pembangang.

 "Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas) hendak mempergunakan DAP untuk tawan Putrajaya," katanya berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Pokok Sena di Hutan Kampung, dekat sini, malam tadi.

 Dr Mahathir berkata DAP akan terus dengan agendanya hendak mendominasi dan memerintah negara ini, dan parti itu tidak seperti MCA dan MIC yang mahu berkongsi kuasa dan bekerjasama dengan Umno dalam menubuhkan kerajaan. - Bernama

Komentar KP : KP setuju dengan kenyataan Tun bahawa sudah ramai ulama sama ada daripada penyokong kuat PAS ,ahli PAS dan pemimpin PAS sendiri sudah lama meninggalkan perjuangan PAS yang tersasar daripada tujuan asal penubuhannya

Diantara ulama yang dulu kuat menyokong PAS ,kini sudah meninggalkan PAS yang KP sempat ingat ialah Prof Madya Mohd Nor Deris,bekas ahli Dewan Ulama PAS Kelantan,Ust Wan Ismail Wan Ahmad,bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan,Datuk Muslim,Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah(klik sini) ,Tuan Guru Hj Abdul Rahim Pendang ,Ulama Pondok di Pendang(Bleh baca kisah ini untuk pengetahuan semua klik sini dan sini) dan ramai lagi yang KP terlupa namanya.

Kebangkitan NGO-NGO pondok di Kelantan yang baru-baru ini membuat fatwa dengan tegas haram mengundi PAS kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP juga merupakan antara penyokong tegar PAS suatu ketika dahulu tetapi kini mereka telah sedar setelah ditipu oleh Nik Aziz selama lebih 22 tahun memerintah Kelantan.Pondok An Najmiah dibawah kelolaan Tuan Guru Abdullah Sa'amah diantara pondok di Kelantan yang kuat menentang PAS dan baru-baru ini sita oleh PBT kerana kononnya bangunan baru yang dibina tidak ada pelan pembangunan .Kita semua sedia maklum PAS akan buat apa sahaja untuk menutup mulut ulama-ulama pondok daripada terus mengkritik PAS dan isu sita ini bermotifkan politik.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.