Wednesday, May 22, 2013

Ikhwanul Muslimin Contohi Kepimpinan Malaysia,Nasihat dan Tunjuk Ajar Tun Dr. Mahathir Jadi Pilihan


Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

 Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

 Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

 Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mursi.

 Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih belum stabil samada dari segi ekonomi dan politik.

 Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia memberikan pandangan mereka, apa lagi nak buat supaya Mesir stabil dan maju.

 Pada Ahad, Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dijemput berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.-Agenda Daily

Komentar KP : Kesediaan Mesir menerima dan mengambil Malaysia sebagai model sebuah negara Islam yang wajar dicontohi merupakan satu pengiktirafan besar kepada Malaysia.Manakan tidak,Tun Dr. Mahathir yang juga bekas PM diberi penghormatan khas untuk berucap dalam majlis khas di Mesir.Pandangan beliau masih ditagih dari Mesir dan dijadikan sebagai contoh untuk membangunkan semula Mesir selepas revolusi Arab Spring yang meruntuhkan rejim kerajaan Hosni Mubarak.

KP sangat berbangga kerana mempunyai seorang bekas PM yang masih dihargai jasanya di peringkat antarabangsa walaupun tidak lagi berada dalam kerajaan.Pandangan dan pemikiran beliau masih diperlukan diluar dan dihargai oleh mereka kerana melihat bagaimana Tun membangunkan Malaysia dan membawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan berdaya saing di dunia.

Lihat bagaimana mereka menghargai Tun sebagai antara 3 pemimpin yang menjadi impian mereka  untuk menjadi pemimpin Mesir.Ini dipaparkan dalam sebuah akhbar berbahasa arab di Mesir.Jadi,KP berpendapat orang luar lebih mengenali diri Tun daripada rakyat kita sendiri yang tidak bersyukur dikurniakan bekas pemimpin yang banyak jasanya kepada negara.

1 comment:

  1. Bila diorang nak jemput PAS? Mgkin PAS bley konsi pengalaman bekalkan teh tarik free keluar ikut paip..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.