Wednesday, May 22, 2013

PANAS !! Khalid Ismath Cuma Bikin Panas Dengan Nik Abduh


Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menimbulkan kegusaran dan kemarahan segelintir penyokong PR sampai wujud segelintir manusia yang cuba cari pasal dengan anak TG Mursyidul Am PAS tersebut.

Beliau yang sebelum ini mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran,bukannya melalui ledakan di jalanraya seperti yang dicetuskan oleh Adam Adli agar rakyat turun ke jalanan dan tumbangkan kerajaan sedia ada yang dipilih melalui sistem demokrasi yang sah disisi undang-undang negara.

Rupanya,penangan kata-kata Nik Abduh ini menyebabkan Khalid Ismath bengang dan mengatakan ini suatu penghinaan kepada anak muda.Mana tidaknya,selepas PRU-13 lepas,hampir setiap minggu Anwar dan juak-juaknya melakukan road show jalanan 505 dengan menghasut rakyat bahawa kononnya pilihanraya kali ini penuh penipuan ,muslihat dan sebagainya.

Mereka tidak dapat menerima kekalahan dan sebagai jalan mudah,demonstrasi dan himpunan jalanan dibuat oleh Anwar dan disambut dengan gembira oleh pengikut-pengikutnya yang masih mentah dan berhingus lagi tentang politik contohnya seperti Adam Adli yang bertindak bodoh dan pendek akal dengan menghasut rakyat turun ke jalanan untuk tumbangkan kerajaan

Bacalah kenyataan merengek dan berhingusnya Khalid Ismath,


2 comments:

  1. Aku sokong kenyataan Nik Abduh tu walau pun dia dari PAS. Kalau apa yang di cakap tu betul, maka betullah tak kira parti apa yang dia wakili.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.