Tuesday, May 21, 2013

PANAS!! Ahli DAP Berdemo Seorang Diri ,Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Kakitangan UTUSAN


KUALA LUMPUR, 20 Mei - Rancangan ahli DAP, Hata Wahari untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya dia bersendirian yang hadir petang tadi.

 Walaupun telah digembar-gemburkan di laman-laman sosial sejak lebih seminggu lalu namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu itu ternyata gagal mendapat sokongan. 

Malahan kira-kira 100 kakitangan Utusan yang menanti kehadiran para pendemonstrasi itu ternyata "kecewa" apabila hanya kelibat Hata yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat itu sahaja yang hadir.

 Disambut dengan jeritan "Hidup Utusan!", "Hidup Melayu!" dan "pengkhianat" akhirnya ahli DAP itu meninggalkan kawasan ibu pejabat bekas majikannya itu kira-kira 10 minit kemudian.

 Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut merancang mengadakan perhimpunan bagi menyokong akhbar tersebut di tempat dan waktu yang sama hari ini bagaimanapun akur dengan arahan pihak berkuasa yang melarang mereka berbuat demikian.


Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Kakitangan UTUSAN 

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan kini menyertai DAP, Hata Wahari hari ini muncul untuk beberapa minit di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, di Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan syarikat akhbar tersebut.

 Namun, bak kata bijak pandai…kalau diri sendiri dah buruk perangai, apa kejadah nak menegur orang lain. Kalau kita rasa diri kita bagus, tegurlah dengan cara berhemah dan penuh kesabaran. Datang mengacau rumah orang, kena provoke sikit, terus meroyan.

 Dalam protest jiwa kacau petang tadi, jurugambar Mynewshub berjaya merakamkan aksi di mana Hata memperlihatkan isyarat lucah kepada kumpulan kakitangan Utusan yang menunggu kehadirannya sejak pagi lagi. 

Kejadian itu dapat dilihat pada saat ke-14 dalam klip di bawah. Mungkin Hata tidak menyangka jurugambar Mynewshub akan berada di belakangnya ketika dia berbuat demikian.

 Hakikatnya, kalau kakitangan Utusan memperlihatkan rasa kurang senang mereka memang patutlah kerana Hata datang ke pejabat mereka melakukan satu bentuk tindakan yang boleh ditafsir sebagai memperkecilkan syarikat berkenaan.

 Namun, untuk Hata memperlihatkan isyarat lucah, itu mencerminkan pemikiran yang sempit dan sangat tidak profesional.

 Apa yang menarik, walaupun di kalangan kakitangan Utusan ada yang melaungkan “boo”, “balik”, “komunis” dan “hidup Utusan”, namun tidak ada seorang pun yang dikesan memperlihatkan sebarang isyarat lucah kembali kepada Hata.

 Jadi kepada Hata, renunglah sahsiah diri anda sendiri sebelum mahu menegur orang lain yea.-Mynewshub

3 comments:

  1. Hidup Melayu ..jangan sampai ditipu Melayu

    ReplyDelete


  2. orang Melayu tuang mnyk & berbelanja di Petronas ok!

    bila aku tahu 7-11 cina yahudi punyer...tukar blanja kat Petronas plak ar

    terbaeekkk!!

    ReplyDelete
  3. Dia bagi tahu jari itulah digunakan untuk merodok faraj bininya.... ada tak lendir dijarnya?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.