Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.
Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.
"Negera ini pun bukan negera bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negera bapa dia. "Yang itu, awak kena tulis Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," kata sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.
Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.
"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.
Komentar KP : Steady Dato' Zahid kerana keberanian menjawab tohmahan Anwar sekaligus membuktikan ketegasan beliau untuk tidak lagi bertolak ansur dan berlembut dengan lahanat dan musibat pengkhianat negara seperti Anwar dan juak-juaknya.Masa berlembut sudah habis,kini masa untuk bertindak!!
baru best macam ni.. Menteri pertahanan lawan kambing pondan pembusuk negara.. baru si kambing tua ni terlondeh kali ni. Salut!
ReplyDeleteSyabas Dtk Zahid.Ruas bertemu buku...Nuar dah tiada org nak respectpun.
ReplyDeleteNuar tiada disiplin.Macamana kita boleh terima manusia yg melolong,menari dan terpekik2 di pentas sbg Perdana Menteri??Malulah jika Nuar jadi PM.
ReplyDeletesaya nak bertanya skit.. kenapa bloggers yang jelas berat sebelah kerajaan asyik sensasikan isu2 pembankang yang tak ada kesan pun pada penyokong pembangkang? cadangan saya bloggers pro kjaan seharusnya menumpukan kepada usaha mensensasikan apa saja aktiviti, pendekatan dan sebarang usaha kjaan utk semua kebaikan kepada rakyat.. cuba dalam sebulan jangan keluarkan isu nuar, lks, lge, n ajis dll, dan kita tengok apa jadi..
ReplyDeletebegitu gak dgn semua akhbar pro kjaan.. amacam ada bran?