Tuesday, May 7, 2013

Kemenangan Barisan Nasional Dalam PRU-13 Ditunjangi Kemenangan Besar UMNO Dan Undi Orang -Orang Melayu


Kemenangan Barisan Nasional dalam PRU-13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70 % kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 yang mana berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 dan pada PRU-13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89 berbanding PRU lepas.Selebihnya ialah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN  termasuk daripada Sabah dan Sarawak yang menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi.

Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang mana merupakan kubu kuat PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang menang pada 2008.

Hari ini pun Dato' Seri Najib mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang mana diterjemahkan dalam PRU-13 kali ini yang seterusnya BN mendapat mandat untuk mentadbir negara.

KP sedar bahawa tsunami politik kaum cina sangat dirasai apabila melihat kepada keputusan pilihanraya di akhbar hari ini yang sangat jelas bahawa kaum cina mahu ubah kerajaan sedia ada dan diberi kepada pembangkang.Sebagai contoh ,parlimen Seputeh yang mempunyai populasi pengundi cina 88%,Melayu 5.4%, India 6% dan lain-lain 0.6% dimenangi oleh Teresa Kok (DAP) dengan majoriti besar melebihi 50,000 undi mengatasi calon BN dari MCA Nicole Wong Siaw Ting.Jadi,sangat jelas terasa sokongan cina terhadap BN melalui MCA sudah jatuh dan mereka sudah terpengaruh dengan janji-janji perkauman oleh DAP.

Selain itu,kebanyakan kerusi DUN atau Parlimen yang populasi pengundi Cina melebihi kaum Melayu atau lebih kurang sama banyak kebanyakan turut dimenangi oleh DAP dan calon pembangkang yang bukan Melayu.KP juga agak terkejut dengan kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah yang mana telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan KP tabik kepada Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi cina dan akhirnya pengundi cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu.

Jika,mahu dikaji secara lebih tuntas,para pembaca boleh melihat demografi politik di P.Pinang apabila DAP sekali lagi mencatat kemenangan besar di P.Pinang sekaligus mempertahankan negeri tersebut daripada dirampas kembali.PR menang 30 kerusi DUN daripada 40 dan DAP memenangi sebahagian besar kerusi tersebut diikuti PKR dan PAS satu kerusi sahaja.UMNO hanya mampu mempertahankan 10 kerusi DUN yang kebanyakan kerusi ditandingi calon Melayu yakni dari PAS atau PKR.

Jadi ,sangat jelas sokongan Melayu kepada UMNO dan BN masih tidak berubah dan berlaku peningkatan sokongan terutama di kawasan populasi tinggi pengundi Melayu .Jadi,kata-kata Najib diatas sangatlah tepat dan BN perlulah melipat gandakan usaha untuk terus mendapat sokongan semua kaum dan melakukan penyatuan nasional yang sangat diperlukan jika melihat kepada senario politik PRU-13 baru-baru ini yang pasti akan mengundang bahaya yang kita tidak tahu jika tidak ditangani dengan segera


3 comments:

  1. salam, harap dipanjangkan artikel ini. vote for Unity Government UMNO & PAS
    http://afterdarkwrites.blogspot.com/2013/05/petisyen-rayuan-kepada-umno.html

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar!!!!

    Hidup Melayu

    Hidup Persekutuan Tanah Melayu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.