GEORGE TOWN- Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak kelmarin kerana serangan jantung.
Beliau dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (CCU) kira-kira pukul 9.15 malam tadi selepas dipindahkan dari wad kecemasan.
Azizan sebelum itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP pukul 4 petang kelmarin kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada kaki.
Sementara itu, jurucakap HPP ketika dihubungi Kosmo! memberitahu Pesuruhjaya Pas Kedah itu masih dirawat tetapi enggan mengulas lanjut. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.