MARANG 3 Mei - Seperti dijangka, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali malam ini tidak menunaikan janjinya untuk melakukan sumpah laknat berkaitan cakera padat video (VCD) seks yang dikaitkan dengannya.
Beliau seterusnya memberikan alasan bahawa sumpah laknat itu tidak dibuat setelah mendapat nasihat dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tindakan beliau itu ternyata menghampakan para penyokong Pas yang hadir dalam satu majlis di dewan futsal bersebelahan Masjid Rusila di sini malam ini, selain para wartawan yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut tentang keputusannya tidak melafaz sumpah seperti mana yang dijanjikan.
Sebelum ini, Mustafa dikatakan berjanji untuk membuat lafaz sumpah laknat itu bagi membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan VCD seks ang tersebar luas dalam laman-laman blog dan internet. Dalam ceramahnya itu, Mustafa menjelaskan bahawa beliau tidak sekali-kali terlibat dan tiada kaitan dengan VCD seks tersebut.
"Saya ingin beritahu tuan puan, seseorang manusia, selain Allah yang tahu segalanya. Kalau saya, sayalah yang lebih tahu tentang diri saya daripada yang lain-lain. "Saya nak sebut begini, saya tak ada kena-mengena dengan VCD yang dikatakan tersebar luas pada waktu ini. Yang buat kerja itu ialah UMNO," katanya.
Dalam keterangannya itu, Mustafa turut mengaitkan bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang sebelum ini menemuinya sambil memberitahu, semua itu adalah perbuatan unit khas dalam UMNO. Beliau kemudian mengulas hasrat awalnya untuk melafazkan sumpah laknat itu dengan merujuk kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.
"Saya telah hubungi Setiausaha Politik kepada Mursyidul Am dan Presiden Pas tentang hasrat itu dan hasil perbincangan akhirnya Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi memutuskan saya tidak perlu melakukan sumpah," katanya.
Mustafa seterusnya tetap menyalahkan UMNO yang didakwanya bertanggungjawab mengaitkan beliau dengan penyebaran VCD seks itu. Malah, beliau mendakwa UMNO memang sudah lama berdendam dengan beliau dan keluarganya sejak era bapanya yang juga pemimpin Pas sekitar tahun 1960-an.
Pada 26 April lalu, timbul desas-desus tentang kesediaan Setiausaha Agung Pas itu membuat sumpah laknat tersebut di masjid berkenaan, dipercayai disebarkan oleh para penyokong pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi laman blog.
Laman blog itu antara lain menyebut: 'Khabar gembira buat penyokong Pas dan menurut sumber dalaman, esok (Jumaat, 26 April) selepas solat Jumaat, Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas, akan mengadakan upacara sumpah laknat di Masjid Rusila.
Pada 11 April lalu, polis berjaya mengesan perbuatan pihak tertentu mengedarkan VCD seks itu di daerah Besut dan kejadian itu dikesan di kawasan perumahan Lorong Sekolah dan Perumahan Lorong Hidayah di Kampung Alor Lintang di daerah itu.
Berikutan penyebaran video itu, pemimpin Pas berkenaan menerima desakan banyak pihak agar segera membuat laporan polis bagi membuktikan dirinya tidak terbabit dalam video tersebut seperti mana didakwa.
bro....g lah interview pasangan nye...bru lah dapat 4 5bn322=-098u.............
ReplyDelete