Rakan baik Anwar tersebut iaitu Mutalib Maarof yang bergelar Ustaz, dianggap sebagai tokoh agama didalam Pakatan dan juga merupakan Pengasas dan juga Mudir Madrasah An-Nahdhoh di Kubang Semang Permatang Pauh.
Sebelum ini, Mutalib Maarof mengejutkan masyarakat sekitar apabila membenarkan tayangan perdana video Chinadoll bersama Anwar diperkarangan madrasah tersebut. Ia dilakukan dengan tujuan kononnya mahu mendedahkan taktik jahat kerajaan memfitnah Anwar.
Kali ini, Mutalib Maarof mendedahkan pula kononnya Dr Mazlan telah menyekat pembinaan Madrasah An Nadhoh sewaktu Dr Mazlan masih lagi menjadi Ketua Pemuda Pas negeri P.Pinang.
Mutalib juga mendakwa Dr Mazlan sebagai seorang yang amat kejam ketika itu kerana tidak membenarkan bahan binaan melalui tanah yang menjadi milik ibu mertua Dr Mazlan yang juga merupakan penyokong kuat Pas.
Ini menyebabkan Mutalib telah membuat solat hajat supaya Tuhan menurunkan bala kepada Dr Mazlan yang merupakan Ketua Pemuda Pas ketika itu.. Tapi.., apakah benar dakwaan Mutalib Maarof tersebut..?
Saksikanlah penjelasan sebenar dari Dr Mazlan mengenai isu berkenaan didalam video temuramah dibawah.. Korang akan terkejut apabila Dr Mazlan mendedahkan siapa sebenarnya Mutalib Maarof yang selama ini diagung-agungkan oleh penyokong tegar Pas di kawasan Permatang Pauh ini
Komentar KP : Terdesaknya Anwar Ibrahim untuk memburukkan lawannya di Permatang Pauh telah membuatkan rakan baik Anwar iaitu Mutalib Maarof menfitnah calon BN Permatang Pauh Dr. Mazlan Ismail berhubung isu tanah dan menyekat pembinaan Madrasah An Nadhoh.Saksikan sendiri penjelasan ikhlas Dr. Mazlan Ismail berhubung fitnah yang dilemparkan terhadapnya dan nasihat beliau kepada Mutalib Maarof untuk bertaubat dan muhasabah diri kerana telah menyalahgunakan kedudukan sebagai seorang ustaz untuk menyebarkan fitnah terhadap diri beliau dan ibu mertuanya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.