Tuesday, June 11, 2013

PANAS !! Azhar Idrus Dikecam Keluar Hukum Tak Betul Dalam Buku Soal Jawabnya




BERHATI-HATILAH APABILA MENGELUARKAN HUKUM

Di dalam masalah ini marilah kita melihat tafsiran dari firman Allah:

 لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

 Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil ،(Surah Al Mumtahanah 8 )

 Dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan bahwa Dia tidak melarang orang-orang yang beriman berbuat baik, mengadakan hubungan persaudaraan, tolong-menolong dan bantu-membantu dengan orang-orang kafir selama mereka tidak mempunyai niat menghancurkan Islam dan kaum muslimin, tidak mengusir kaum Mulimin dari negeri-negeri tanah air mereka dan orang kafir itu tidak pula berteman akrab dengan orang-orang kafir yang zalim yang bertindak mengusir itu.

 Ayat ini merupakan ayat yang memberikan ketentuan umum dan prinsip agama Islam dalam menjalin hubungan dengan orang-orang yang bukan Islam dalam satu negara. Kaum muslimin diwajibkan bersikap baik dan bergaul dengan orang-orang kafir, selama orang-orang kafir itu bersikap baik dan ingin bergaul mesra dan hidup bersama secara aman terutama dengan kaum muslimin.

 Di dalam masalah memberikan ucapan selamat berbentuk penghormatan kepada masyarakat bukan Islam juga telah terangkan oleh ulamak:

 لا حرج على المسلم في معاملة غير المسلم، ويجب العدل معه، وعدم ظلمه، وسؤال هؤلاء الكفار عن أحوالهم ومبادلتهم التحية، التي يلقونها لا حرج فيه أيضاً، فقد ثبت أن النبي – عليه السلام – كان يسأل ثمامة بن أثال – رضي الله عنه – في كل يوم عن حاله وكان على الشرك عندما أسره المسلمون وربطوه في المسجد، انظر ما رواه البخاري (462) ومسلم (1764) 

Ertinya: Tiada halangan kepada seorang Islam untuk bercampur gaul dengan orang yang bukan Islam.dan wajiblah seorang Islam itu berlaku adil kepada mereka(bukan Islam) dan tidak menzalimi mereka dan boleh baginya bertanyakan khabar dan saling memberikan ucapan penghormatan kerana telah sabit di dalam hadis Imam Bukhari (Hadis bernombor 462) dan Muslim (hadis bernombor 1764) bahawa Nabi saw telah bertanyakan keadaan diri (bertanyakan khabar) Tsumamah b.Asal yang pada masa itu masih kafir (belum memeluk agama Islam)ketika beliau ditawan oleh tentera Islam dan diikat di masjid.

 Di dalam kitab Hadis juga di nyatakan bagaimana Rasulullah saw melayan A’di Al-Hatim At’Thoie…seorang raja bagi kaum Thoie…kerajaan bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab dengan memegang dan memimpin tangan raja yang beragama majusi bercampur nasrani itu...lalu membawa raja itu ke rumah baginda saw dan dilayan Hatim At-Thoie.. raja yang beragama mazhab berhala “rukusiyah” ini dengan baik,,,sehinggalah A’di Al Hatim itu memeluk islam kerana tertarik dengan cara layanan nabi kepada orang bukan Islam dan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda.

 Ulamak membahaskan di dalam hadis ini ada uslub dakwah yang ditunjukkan oleh Nabi saw iaitu:

 "ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة" (النحل (125))

 Ertinya: Dan serulah kepada jalan tuhanmu (agama Islam) dengan bijak dan persiapan yang terbaik. (An Nahl: 125)

 Nabi saw mengguna pakai kaedah menunjukkan ahlak dan peribadi mulia iaitu menghormati tetamu dengan layanan yang baik walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam.

Di dalam kitab Hayatus Sohabah yang ditulis oleh Dr Abdur Rahman Ra’fat Al-Basya pula menyatakan:

 “ Di dalam satu riwayat ada diceritakan bagaimana seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abdullah b. Huzafah As-Sahmi…. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab R.a telah berlaku peperangan antara kerajaan Islam dan kerajaan Rom pada tahun 19 hijriah…dan ketika berlakunya peperangan yang hebat itu dan amat dahsyat itu Abdullah b. Huzafah As-Sahmi dan kaum muslimin yang lain telah ditawan oleh Kaisar Rom (Penguasa agung kerajaan Rom) Ketika berada di dalam tawanan…pelbagai kisah pilu dan sedih yang telah terjadi ke atas tawanan perang orang islam yang disiksa dan dibunuh dengan kejam…Abdullah sendiri disiksa dan dipaksa meninggalkan agama Islam jika mahu hidup…tetapi Abdullah tetap mempertahankan akidahnya itu…

 Sehinggalah maharaja Rom yang zalim itu merasa kagum dengan ketahanan dan kekuatan iman Abdullah b.Huzafah yang walaupun disiksa namun bertahan dan tidak berganjak imannya maka Maharaja Rom itu pun menawarkan suatu tawaran kepada Abdullah r.a ..iaitu mengucup atau mencium kepalanya jika mahu diri beliau dan seluruh tawanan Muslim yang masih hidup dibebaskan… Abdullah b.Huzafah r.a telah menerima tawaran itu dengan ijtihad beliau…kucupan di kepala itu bukanlah tanda beliau reda dengan kezaliman dan kekafiran yang ada pada maharaja Rom itu….tetapi sebagai suatu maslahat iaitu usaha menyelamatkan nyawa tentera Islam….ketika berada di dalam kedaan dharurat….

 Akhirnya...Abdullah b. Huzafah( sahabat Nabi saw yang terkenal dan beliaulah di antara yang terawal memeluk Islam pada zaman Nabi saw)........telah.menerima tawaran Maharaja Rom yang zalim itu lalu mengucup kepalanya...setelah itu beliau dan seluruh tawanan perang dari tentera Islam dibebaskan sebagaimana yang telah dijanjikan....

 Maka ketika mereka selamat pulang ke pangkuan Khalifah Umar Al-Khattab..Abdullah b. Huzafah telah menceritakan tindakan beliau kepada Khalifah Umar tentang tindakannya itu…maka Saidina Umar tersenyum lalu berkata:

 “Hendaklah semua umat Islam yang berada di hadapanku hari ini mencium kepala Abdullah b Huzafah di atas tindakannya itu yang menyelamatkan tentera Islam..dan aku akan memulakannya mencium kepalanya’ (Kitab Suwarun Min Hayatis Sohabah : Dr Abdur Rahman Ra'fat Al-Basya)

 Begitulah juga halnya dengan mencium tangan guru yang bukan beragama Islam tidak menjadi kesalahan jika sekadar kita menghormatinya sebagai guru…bukan kerana akidahnya….

 Ini adalah kerana Nabi saw menghormati tawanan bukan Islam dari kalangan orang kafir Quraisy di dalam peperangan Badar dengan meminta mereka menjadi guru dan mengajar anak-anak orang Islam membaca sebagai syarat untuk mereka bebas..dan seterusnya Nabi saw membebaskan mereka setelah anak-anak orang Islam pandai membaca….pembebasan mereka itu sebagai tanda hormat dan terima kasih Nabi saw….kepada golongan guru bukan Islam. ( Kitab Sirah Ibnu Hisyam)

 Maka kesimpulannya tidak menjadi kesalahan untuk kita bersalam dan mencium tangan guru bukan Islam selagi mana ianya sebagai satu penghargaan kepada guru yang tidak berbentuk keagamaan yang merosakkan akidah. Wallahua’lam

 Gambar daripada buku: Anda Tanya Ustaz Azhar Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat Terbitan Kedua Oleh PTS

 Kredit: Ahmad Munawir Salehuddin Salehuddin

Komentar KP : KP teringat akan kisah apabila ada seorang kafir yang bernama Adi Al Hatim At-Ta'ie yang datang bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah menunjukkan akhlak dan peribadi baginda yang mulia apabila mempersila Adi Al Hatim duduk di tempat tikar Baginda duduk dan Baginda duduk di atas lantai tanpa berlapik apa-apa. Inilah contoh budi pekerti yang baik yang ditunjukkan Rasulullah kepada umatnya.Bukannya bila kita merendah diri maka kita merendahkan Islam tetapi ini ada satu cara dakwah yang baik ditunjukkan oleh Baginda.Akhirnya ,Adi Al Hatim ini memeluk Islam kerana melihat indah dan kagumnya terhadap kemuliaan Islam.

Jadi,nasihat KP agar umat Islam lebih berhati-hati dengan buku-buku soal jawab hukum yang berlegar dipasaran sekarang ini dan lebih baik kita pergi belajar secara berguru dari guru dan ulama yang bersanad untuk mendapat penjelasan yang lebih tahqiq dan berhati-hati.

14 comments:

  1. Apa nak dihairankan, dia kan ustad cari makan.

    ReplyDelete
  2. Aduuh panjangnya hujah.Ini baru satu hujah utk satu "kesalahan jawapan."Mak datuk kalau 10 "kesalahan" bayangkan..boleh buat satu buku!!Membuang masa dan helaian blog.

    Cukuplah dgn pembetulan atau hujah ringkas.Jawapan Ustaz pun bukan panjang sangat.Jawapan straight to the point.

    ReplyDelete
  3. Osetat Yg bukan menggunakan AlQuran dan hadith sebagai panduan tetapi kepala otak berjambul dan nafsu syahwat yg mengalah Unta dpadang pasir. OSETAT PASIR BERDENGUNG SEBIJI MCM OSETAT BADROLL SWISS HOTEL JAM 3PAGI

    ReplyDelete
  4. kalo tak bole nak baca huraian hujah2 tak payah la baca pegi layan blog lain..jawapan straight to the point takde dalil tu la yang akal singkat punya jawapan

    ReplyDelete
  5. Saya bkn peminat ustaz azhar tetapi penjelasan oleh blogger diatas lebih merujuk kepada keadilan dan kesaksamaan dalam memberi perlindungan dan kebajikan oleh ummat islam kepada golongan bukan islam @ kafir .. Dan soalannya pula hanya merujuk kpd 'hukum cium tangan orang bukan islam @ kafir' .. mcm tdk sesuai dengan penjelasan, pada pendapat sya jawapan ustaz azhar tepat merujuk kepada soalan, dibolehkan berbuat begitu sekiranya dalam keadaan darurat dan demi menyelamatkan ummah (jika berlaku, spt yg dlm hadis sahabat yg d tampilkan diatas) .. Ada banyak cara menghormati guru yg bukan islam terpulang pada budi bicara dan sandaran masing2. Yang sy pelik, kalau salah dlm memberi hukum, kenapa tidak laporkan kpd Jakim instead of membuat penyebaran dlm facebook dan blog yg bole mengaibkan dan jika didapati salah penerimaan bole mengelirukan terutamanya orang islam awam yg kurang pengetahuan dalam ilmu fiqh dan hadis. Selesaikan secara ilmiah, dialog dan bertanya kepada pemberi jawapan (iaitu ustaz azhar) dan penerbit buku tu.

    ReplyDelete
  6. Saudara Anon June 11, 2013 at 7:38 PM,

    Hujah yang adil dan teliti penting walaupun kelihatan amat panjang kerana dalam memperbetulkan sesuatu kesilapan terutama sekali jikalau berkaitan dengan hukum, umat Islam bukan setakat hanya 'tahu' tetapi juga mesti 'faham' agar kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi.

    ReplyDelete
  7. jawapan tanpa hujah/dalil hanya gunakan otak sendiri.. maka jadilah jawapan syiok sendiri mcm ustad tu la.. boleh songsang

    ReplyDelete
  8. hell_tracker34

    *ustaz bitau haram mgkin sbb melibatkan muhrim & bukan muhrim..

    ReplyDelete
  9. takder pun fakta ttg cium tgn cikgu dari kalangan org kafir..di bolehkan...paling dekat pun...di bebaskan setelah anak2 islam boleh membaca ketika rasullulah ada...di bebaskan dari tawanan dgn mengucup tangan...beza tuh wooooo....walau pun kes nya org mengajar atau cikgu kafir...

    ReplyDelete
  10. BEWAK NI MANA BOLEH SEWENANGNYA KELUAR HUKUM TAK ADA AUTHORITY(KELULUSAN) CUMA PENGETAHUAN SAJEE.

    ReplyDelete
  11. Berbuat baik dgn mencium tgn lain laa jgn salah tafsir, setakat amik satu hadis tanpa tahu asbab hadis trsebut jgn memesongkan org lainrbuat

    ReplyDelete
  12. p jumpa ust UIA n tanya penjelasan beliau awat kata cmtu.. akan ada penerangan.. bukan pakai hantam ja camtu.. apa kaitam cium tangan orang kafir dengan rendahkan islam? tuan tahu x? klu x tau..p tanya UIA..awat p bgtau camtu.. tengok dulu penjelasan beliau then baru hujah balik... blaja ilmu ada adab. berhujjah pon ada adab gak.. saya x support sapa2..jgn p hantam saya lak..just bgtau apa yg saya rasa ja... Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, seharusnya perkara ini perlu penjelasan daripada UAI...untuk lebih jelas... kita saudara sesama Islam harus saling menegur dan bukan bermusuhan
    Saya takut timbul fitnah pula ke atas UAI nanti
    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  14. saya rasa kisah yg tuan blogger bagi bkn nk mnunjukkan kepada boleh mncium kepaa org kafir ssuka hati,tetapi kerana maslahat nyawa org islam...sbb itu ammar bin yassir xingkar kerana mnyebut nama tuhan kafir..kerana dlm keadaam dhoruroh....tpi dalam keadaan saja2 bleh k cium tangan org kafir???

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.