SHAH ALAM - PKR tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat seperti mana yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini.
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali mendakwa ia hanyalah spekulasi semata-mata dan pihaknya menafikan khabar angin itu walhal tindakan boikot itu hanyalah taklimat Parlimen pada 11 Jun lalu sahaja.
"Saya ingin menyatakan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memulaukan majlis angkat sumpah. "PKR dan PR hanya memutuskan supaya memboikot taklimat Parlimen pada 11 Jun lalu.
"Boikot yang telah dijalankan sebagai protes berprinsip terhadap penipuan besar yang dilakukan oleh BN dalam PRU13 lalu," dakwanya yang dipetik dari media sosial Facebook (FB) PKR, malam tadi.
Beliau yang dipetik berkata, semua ahli parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu dan berikrar akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sebaik mungkin setelah dipilih rakyat pada PRU13, 5 Mei lalu.
Komentar KP : Sebelum ini heboh bahawa Pakatan Rakyat akan memboikot sidang parlimen pertama penggal ini dan sekaligus tidak akan menyertai dan mengangkat sumpah di Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen .Tetapi ,KP membaca akhbar hari ini bahawa PAS dan DAP tetap akan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan hanya PKR sahaja yang masih berdegil
Tetapi,dengan tersiarnya berita ini sekaligus menafikan cakap-cakap tin kosong Anwar Ibrahim untuk semua ahli-ahli parlimen PKR memboikot Majlis Angkat Sumpah di Dewan Rakyat dan ini dengan rasminya mereka mengiktiraf kerajaan BN yang memenangi PRU-13 baru-baru ini.
Rupa-rupanya penangan kata-kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membuat pemimpin pembangkang tersentak dan terus mengambil keputusan drastik seperti ini.Nampaknya ,angan-angan Anwar nak boikot tidak menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.