Kemunculan sebuah filem yang bertajuk "The New Village" yang memaparkan sejarah kaum cina di Malaysia yang dipaksa dan diletakkan di kampung-kampung baru oleh pihak British melalui Rancangan Briggs telah dilihat menyelewengkan fakta sebenar sejarah dan cuba memaparkan askar-askar Melayu dan British bertindak kejam terhadap kaum cina dan mengangkat komunis (Parti Komunis Malaya) sebagai Hero dalam filem ini.
Jika diteliti trailer filem ini,ia mengisahkan seorang cina komunis bercinta dengan seorang gadis cina dan berlakulah konflik disamping menimbulkan persepsi bahawa pihak komunis ada salah satu pejuang dan hero untuk membebaskan negara daripada British
Filem berat sebelah ini tidak pula menceritakan kekejaman pihak Komunis .Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”.
Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya. Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang.
Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang.
Baca lagi di blog Dr. MiM
Komentar KP : KP berharap agar kerajaan bertindak dengan tegas dengan mengharamkan filem ini kerana dikhuatiri ianya memesongkan rakyat daripada fakta sebenar berkenaan komunis.KP sangat hairan kenapa filem "Tanda Putera" yang sebelum ini sangat susah untuk diluluskan penayangannya,tetapi tiba-tiba muncul filem ini yang terang-terang mengangkat komunis senang-senang diberikan kelulusan untuk tayangannya.
UPDATE!!!
Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis... - Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (28/7/2013)UPDATE!!!
Alhamdulillah,kerajaan sudah mendengar keluhan rakyat..Terima Kasih Dato' Ahmad Zahid
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.