Penasihat Syeikh Al-Azhar Syeikh Dr Hassan Syafii meminta Dr Ahmed Al-Tayeb, Imam dan Syeikh Al-Azhar untuk segera campur tangan mencegah pembantaian terhadap pendemo tak bersenjata.
Dr Hassan mengatakan dalam sebuah wawancara dengan pegwai berita Al-Jazeera Mubasher Mesir, ini adalah pembantaian kepada rakyat Mesir.
Dr Hassan menambahkan, “Saya berharap bahawa Syeikh Al-Azhar segera mengutuk pembantaian ini dan mendengar langsung kenyataan beliau.” Saya menyeru kepada semua orang untuk segera menghentikan pembantaian berdarah.
Dr Hassan menambahkan, “saya tidak mempunyai apa-apa di umur saya yang tua renta kecuali mengatakan yang haq dan yang batil, serta mengutuk orang yang membolehkan kesucian darah seseorang tumpah.”
Selain itu beliau berpesan kepada seluruh pemimpin muslim dunia, termasuk Presiden Indonesia, Malaysia, dan Negara Islam lainya, untuk segera mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk pembantaian di Medan Rab’ah Al-Adaweyah.
Tragedi Berdarah Di Mesir
KAHERAH 27 Julai - Sebanyak 120 penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi terkorban apabila pasukan keselamatan Mesir melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan pro-Mursi di Masjid Rabaa al-Adawia di pinggir bandar ini, awal pagi ini.
Stesen televisyen al-Jazeera melaporkan lebih 4,500 lagi cedera selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan pro-Mursi yang berhimpun di masjid itu sejak semalam.
Koresponden AFP turut melihat 37 mayat terbaring di luar rumah mayat. Sementara itu, doktor di sebuah hospital yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin di Kaherah memberitahu semua mangsa terbunuh akibat ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
Pegawai di hospital itu pula berkata, sejumlah 75 orang terbunuh, termasuk beberapa mayat yang dibawa ke tempat lain. Kementerian Kesihatan Mesir pula menyatakan hanya 20 orang maut dalam insiden tembakan itu.
Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tembakan berlaku sejurus sebelum solat Subuh ketika penunjuk perasaan pro-Mursi berhimpun beramai-ramai di masjid Rabaah, sejak semalam.
Komentar KP : Melihatkan daripada tragedi berdarah seperti ini,bumi Mesir yang dahulunya melahirkan cerdik pandai agama dan para alim ulama kini diambang suasana perang saudara yang belum tahu kesudahannya.Kerajaan sementara Mesir yang kini mentadbir ternyata gagal untuk menangani konflik ini dan penggulingan Dr. Morsi sebenarnya lebih membawa kepada masalah besar buat Mesir.
KP mengharapkan agar ada suara-suara daripada pemimpin negara kita yang mengecam dan mengutuk secara rasmi terhadap pembantaian tentera mesir terhadap rakyatnya yang jelas menyalahi hak-hak kemanusiaan dan batas-batas sebagai umat Islam
Fikir-fikirkan KP :
ReplyDelete1. Hal dalaman negara orang lain adakah perlu kerajaan kita campur tangan? Selalunya polis kita menggunakan water cannon pun pembangkang dah kata zalim.
2. Adakah kita jelas situasi sebenar yg berlaku di sana? .... atau ada bnyk yg kabur dan tersirat.
3. Ramai rakyat Malaysia di sana. Tidakkah kutukan itu akan mejejaskan nasib rakyat Malaysia di sana?
najib desak pemerentah (baru) mesir tidak melanyak pendemo.
ReplyDeletedi mesia, najib sendiri yg lanyak pendemo. cuma blum ada yg KO lg.