Monday, July 15, 2013

PANAS !! Khairy Jamaluddin Mahu Tindakan Tegas Terhadap Alvin Tan Dan Vivian Lee


KUALA LUMPUR 15 Julai - Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersenda bulan Ramadan dan agama Islam menerusi sekeping gambar yang dimuatkan di laman Facebook mereka tidak seharusnya dibebaskan begitu sahaja.

 Sebaliknya, menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin, pasangan itu sewajarnya dikenakan tindakan tegas kerana perlakuan mereka yang mempersenda Ramadan dan umat Islam di laman sosial itu sangat serius.

 "Jika Alvin dan Vivian dilepaskan begitu sahaja, rakyat akan mendapat isyarat salah dan akan menyangka bahawa mereka juga boleh terlepas seperti pasangan itu jika mempermainkan isu-isu sensitif yang menyentuh keharmonian negara," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai BN Job Fair 2013 di sini hari ini. Pameran kerjaya anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) itu akan berlangsung pada 27 hingga 29 September ini.

 Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu mengulas pasangan Kelvin dan Vivian yang hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini untuk memberikan keterangan berhubung penyiaran gambar tersebut.

 Pasangan itu dilaporkan telah memuatkan naik permohonan maaf mereka kepada umat Islam menerusi satu klip video di YouTube. Khairy berkata, Pemuda UMNO tidak nampak sebarang alasan untuk pasangan tersebut dilepaskan memandangkan semua bukti kesalahan yang mereka lakukan jelas di depan mata. - Utusan Malaysia

2 comments:

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.