Sunday, July 14, 2013

Sokongan Duta Vatican City Terhadap Penggunaan Kalimah Allah Dibidas Jamil Khir


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membidas Duta Vatican City ke Malaysia kerana membuat kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Beliau berkata, kenyataan oleh Biskop Joseph Marino itu boleh menimbulkan kegelisahan awam dan seterusnya menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

“Saya ingin menyatakan bahawa tindakan beliau tersebut adalah tidak sepatutnya berlaku kerana telah menimbulkan kegelisahan awam dan tentunya boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

“Kenyataan tersebut adalah amat tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebagai langkah menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya melalui satu kenyataan media.

Jamil Khir berkata, sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh mana-mana pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia.

Katanya, pandangan Malaysia jelas dan tegas melalui keputusan para ulama di negara ini dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah memutuskan bahawa kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam dan tidak wajar disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Malah, kata beliau, perkara itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan, justeru semua pihak dinasihati tidak mempolemikkan isu kalimah Allah sehingga ia diputuskan di mahkamah.-mynewshub

Komentar KP : Terima kasih kepada Datuk Seri Jamil Khir kerana sudah bersuara dan mengambil peduli desakan daripada NGO2 Islam yang membantah keras sokongan Duta Vatican City itu.Harap selepas ini kerajaan akan bertindak dengan lebih tegas lagi dan jangan hanya setakat memberi amaran sahaja.

3 comments:

  1. dah seminggu dah baru nak bukak mulut.

    ReplyDelete
  2. Abang Jamil jangan bidas aja ada power gunakan untok menegakan Islam.Kalau haya bidas aja apa ada guna nya,napak nya Islam tu lemah.Islam tu menjadi lemah kerana khalifah2 Islam nya yang berada dewasa ini semua nya lemah.Hanya kelihatan segak dengan pakaian di majelis2 ugama aja,seperti nya tak kalah orang.Tetapi lah ni maasalah2 penghinaan terhadap Islam hanya bang Jamil BIDAS aja ka?

    ReplyDelete
  3. Sudah tiba masanya pihak Kerajaan dan pemimpin Islam sendiri hentikan sikap berdiam diri sambil mengambil sikap tunggu dan lihat. Tahukah tuan-tuan semua bahawa satu ketika dulu almarhum Sheikh Ahmed Deedat pernah mencabar mendiang Pope John Paul utk berdebat Islam –Keristian?

    Sehingga akhir hayat mendiang Pope masih tidak berani menyahut cabaran Ahmed Deedat. Disini sudah jelas bahwa pihak gereja tidak akan berani "menyerang" dgn orang Islam yg berilmu pengetahuan ttg kepincangan Bible mereka. Tidak seperti Negara Africa Selatan yg tidak ada jabatan ugama yg mengawal mereka, undang-undang seperti diMalaysia tidak akan berguna sekiranya penguatkuasa sendiri ketandusan ilmu yg perlu difahami mereka. Undang-undang bolih dicabar dgn cara pengaruh demokrasi seperti yg terdapat di Malaysia.

    Kita sudah lihat kesan dan akibatnya semasa paska PRU13 dimana akibat takut kehilangan sokongan politik bukan Islam ada pemimpin Islam sanggup mengadaikan akidah yg penting. Jangan hairanlah jika pihak Vatican bolih memihak dgn puak DAP didalam hal ini. Bukan kah Lim guan Eng sendiri berazam utk mengkeristiankan bangsa Cina dari ugama Buddhist mereka? Malaysia dipilih sebagai "sasaran" serangan pihak Vatican kerana jentera Jabatan Ugama Islam yg lemah dan kurang pro aktif didalam menangani isu murtad. Sbb itu peguam seperti Ambiga dgn mudah sekali mampu utk menangkis serangan pihak Jabatan Ugama Islam. Anggap lah ini sebagai peperangan dan hentikan sikap menyalahkan musuh apabila diserang.

    Belajarlah dari peristiwa yg lalu apabila pihak kerajaan melalui unit DBKL (zaman Dr. Elias Omar menjadi Datuk Bandar) pernah menghentikan ceramah Ahmed Deedat di dataran merdeka. Cuba kaji kenapa pihak kita yg mengaku Islam sendiri jadi takut ? Sepatutnya pihak bukan Islam khusus pihak keristian yg lebih takut dgn hujah Ahmed Deedat. Tidak kah kita satu bangsa yg pelik dan ganjil? Ada pertolongan kita sendiri yg menolaknya keluar sekarang bila diserang dah terjerit2 marahkan orang lain. Tidak kah kita semua pernah mendengar pepatah ini? Allah tidak akan megubah nasib sesuatu kaum sekira mereka sendiri gagal utk berubah sikap. Ketepikan sikap ego dan jemputlah orang seperti Zakir Naik (anak murid Ahmed Deedat) atau pun Yusuf Estes utk membantu. Seperti internet, ilmu yg benar mampu menebusi jurang bangsa utk menerima hanya yg benar sahaja.

    Ayuh bertindaklah dari sekarang …ubah sikap kita yg lama itu.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.