Tuesday, August 6, 2013

Jawatan MT UMNO Perlu Ketengahkan Golongan Muda,Tolak Calon-Calon Recycle Politikus UMNO #PAU13


Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata golongan muda harus diberi peluang bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno itu berkata Umno Pulau Pinang akan memberi sokongan kepada golongan muda kerana mereka adalah barisan pelapis.


Dr Hilmi, yang juga Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, berkata beliau sendiri tidak akan bertanding bagi merebut sebarang jawatan dalam kepimpinan pusat parti.

 "Saya pernah dua kali jadi MT dan cukuplah, saya tidak mahu bertanding lagi dan kita bagi sokongan kepada orang muda untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) semalam.

 Bagaimanapun, beliau akan mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Balik Pulau dan ingin mengadakan rundingan di peringkat akar umbi agar semua jawatan utama kepimpinan Umno bahagian itu tidak ditandingi.

 Dr Hilmi pernah memenangi jawatan MT Umno pada 2000 dan 2003 ketika menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. - Bernama

Komentar KP :  Kesediaan Dato' Dr. Hilmi Yahya untuk tidak lagi bertanding jawatan MT UMNO membuktikan beliau menyahut seruan Presiden UMNO untuk memulakan transformasi besar dalam kepimpinan UMNO.Beliau bersedia untuk memberi laluan kepada muka baru terutamanya golongan muda dalam kepimpinan UMNO untuk menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO akan datang.

UMNO memerlukan pelapis baru dalam kepimpinan dan wajar politikus-politikus tua dan sudah menjadi MT sejak zaman Tun Mahathir mahupun Pak Lah mengundurkan diri.UMNO sebenarnya tidak ketandusan pelapis pemimpin muda tetapi mereka tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk merebut jawatan dalam saf utama kepimpinan UMNO.

Pemimpin-pemimpin yang sudah lama dan tidak "perform" wajar sebenarnya ditolak dalam pemilihan akan datang.UMNO mesti berubah untuk tidak lagi ditolak oleh rakyat pada PRU-14 akan datang.Kehadiran golongan muda dan muka baru ini perlu agar proses transformasi dalam UMNO dapat bergerak dan relevan untuk masa akan datang.

Saban tahun,ketika Perhimpunan Agung UMNO ,asyik wajah-wajah yang sama membarisi kerusi-kerusi utama di atas pentas PAU dan mereka ini tidak akan pergi selagi ahli-ahli UMNO tidak melakukan sesuatu.KP sedar bahawa kita tidak boleh buang semua pemimpin lama kerana mereka punya banyak pengalaman dan jasa dalam parti ,tetapi inilah realiti yang terpaksa dipikul oleh UMNO untuk melihat agar parti keramat melayu ini terus relevan untuk orang-orang melayu pada masa akan datang.

Pemimpin-pemimpin yang kerap menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan wajar diketepikan kerana dek mereka inilah ,wajah UMNO kadangkala tercalar dan menyusahkan jentera media alternatif pro -UMNO untuk mempertahankan parti.Justeru,ahli-ahli UMNO dipelbagai peringkat yang akan memilih dalam pemilihan akan datang wajar membuat keputusan terbaik memilih calon-calon yang terbaik untuk diketengahkan dalam parti untuk kesinambungan UMNO pada masa akan datang

Baca komen dan ulasan panas blogger Dr. MiM dan GBP berkenaan isu ini.

1 comment:

  1. SOKONG, BERILAH PELUANG ORANG MUDA. MEREKA YG KALAH DALAM PRU13 CERMINKAN DIRI DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN. ANGGAPLAH MASA ANDA DAH BERLALU.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.