Tuesday, August 6, 2013

PANAS!! Kenapa Shafie Afdal Perlu Takut Jika Ahli UMNO Bertanding Jawatan Utama Parti ?? #PAU2013


SEPANGGAR 4 Ogos - Ahli UMNO yang berhasrat bertanding merebut jawatan utama dalam pemilihan parti perlu berlandaskan pada agenda memperkuat dan memperkasa parti serta mengelak kepentingan sendiri atau kumpulan tertentu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menawarkan diri mempertahan jawatan itu berkata, kehadiran calon-calon berkenaan perlu diterjemah untuk menjadi sinergi terbaik kepada perjuangan dan hala tuju parti, bukannya memudarat dan melemahkan parti. “Ini ingatan saya kepada diri sendiri dan bakal calon lain.

Naib Presiden dan mana-mana jawatan lain merupakan landasan penting dalam penggubalan dasar dan hala tuju parti terbesar ini. “Ini bukannya pentas percubaan atau ujian populariti.

Saya serahkan diri untuk dinilai keupayaan oleh ahli-ahli parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di Kampung Darau di sini malam tadi. - UTUSAN MALAYSIA

Komentar KP : Gesaan oleh Shafie Afdal agar jawatan utama parti yang ingin ditandingi oleh ahli berlandaskan kepentingan sendiri sewajarnya difikirkan oleh semua ahli termasuk dirinya sendiri. Mana mungkin pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding di jawatan-jawatan utama dalam parti tidak ada kepentingan mereka sendiri termasuk beliau sendiri.

Ya ,KP faham apabila kita cuba mempertahankan jawatan yang disandang,pelbagai macam alasan dan peringatan diberikan oleh kita kepada ahli-ahli yang cuba menggugatkan jawatan kita dalam parti,tetapi beliau perlu terima hakikat ini politik dan pemilihan yang inklusif yang digubal oleh UMNO sebenarnya memberikan sepenuhnya pilihan kepada akar umbi UMNO untuk menentukan barisan terbaik untuk memimpin UMNO untuk kepimpinan akan datang.

Kita mahu pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk memimpin UMNO dan sebagai seorang pemimpin Shafie perlu bersikap ikhlas dan terbuka menerima sesiapa sahaja ahli UMNO untuk bertanding.Kita tidak perlu menakutkan ahli-ahli dengan pengaruh kita sedia ada dalam UMNO kerana ahli-ahli UMNO menilai kita sepanjang khidmat kepada parti.

Perubahan perlu wujud dalam UMNO agar parti dapat segera dibersihkan daripada pemimpin yang periuk nasi sendiri dan mencatur jawatan-jawatan utama dalam parti.Ahli-ahli UMNO yang bakal memilih pimpinan tertinggi UMNO nanti diharap dapat membuat pilihan yang terbaik dalam membantu Presiden UMNO untuk mencorak kepimpinan yang lebih baik dan matang dalam memperbaiki prestasi UMNO/BN menuju PRU-14 nanti.

1 comment:

  1. baru la masing2 sedar mereka2 nie dari parti melayu.. baru la nk bersuara tentang melayu.. baru mereka sedar.. seeloknya semua jawatan bertanding utk masa sekarang nie...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.