Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili kerajaan Malaysia, parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pagi ini.
Timbalan perdana menteri turut menyifatkan pemergian Azizan sebagai satu kehilangan kerana Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan terutama di Kedah. “Bagi pihak Kerajaan Malaysia, parti UMNO dan BN, kami hendak merakamkan rasa sedih kerana Allahyarham sewaktu hayatnya telah beri banyak sumbangan kepada pembangunan di Kedah khususnya sewaktu menjadi menteri besar.
“Atas dasar itu, kami rasa pemergian itu satu kehilangan sebagai sahabat dan pemimpin. Kita ketepikan soal politik kerana kami yakin pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi kita juga,” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini.
Muhyiddin berkata, beliau mengenali Azizan secara peribadi dan pernah melawat pemimpin PAS itu di hospital sebelum ini. Timbalan perdana menteri turut mendoakan agar roh Azizan dihimpunkan bersama-sama golongan yang soleh.
Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar pukul 5.30 petang. Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 30 minit menerima kunjungan delegasi Myanmar yang diketuai Speaker Parlimen negara itu Thura U Shwe Mann di pejabatnya di sini. Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee. – Bernama
Kata-kata PM Najib Razak di Facebook beliau mengenai Ustaz Azizan yang beliau kenali |
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.