Friday, September 27, 2013

Tongkat Nik Aziz Jadi Barang Lelongan


KOTA BHARU - Cakna nasib dialami mangsa kebakaran rumah di Kampung Sireh Bawah Lembah awal bulan ini, bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbesar hati melelong tongkatnya untuk membantu keluarga terbabit.


Hasrat itu dinyatakan Nik Abdul Aziz menerusi Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga terbabit yang hilang tempat tinggal berikutan kejadian tersebut.

 Setiausaha Pemuda Pas Kota Bharu, Muhd Bajili Bakri berkata, salah satu tongkat kegunaan Mursyidul Am itu akan dilelong pada jualan amal dengan harga permulaan bidaan RM500.

 “Tongkat tersebut akan dilelong hari ini (Jumaat) selama 30 minit bermula jam 5.30 petang di tapak Car Boot Sale Lembah Sireh dan orang ramai yang ingin bersama-sama membantu mangsa kebakaran bolehlah mengunjungi jualan amal ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Selain itu, Muhd Bajili berkata, pada hari sama juga bermula jam 3 petang hingga 10 malam, pihaknya turut melelong pelbagai barangan baru dan terpakai dengan harga serendah RM1. Pada 6 September lalu, tujuh rumah melibatkan 15 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila harta benda mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.