Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan.
"Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau. "Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar.
"Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam facebooknya, hari ini
Tika mana seluruh rakyat mengangisi pemergian Allahyarham Ustaz Azizan Razak ,Ketua Penerangan PAS dengan tidak menghiraukan sedih dan hiba seluruh rakyat Kedah telah mengeluarkan kenyataan agar PAS bersiap sedia untuk memperkukuh jentera untuk pilihan raya.Kubur Ustaz Azizan masih merah lagi tapi pemimpin PAS nie dah sibuk nak minta jentera PAS siap sedia untuk pilihanraya kecil.
Memang benar kerusi DUN Sungai Limau itu sudah kosong, bacaan yaasin dan tahlil belum lagi sempat dibuat sudah bercakap bab politik dan pilihanraya.Kenyataan yang keluar daripada Ketua Penerangan PAS ini amat tidak patut dan tidak menjaga sesitiviti keluarga Allayarham Ust Azizan.
Bukankah lebih baik Tuan Ibrahim memberitahu akan adakan majlis bacaan yaasin ,tahlil dan solat ghaib kepada arwah daripada terus kata PAS mesti siap sedia untuk pilihanraya.Bagi KP walaupun bukan penyokong PAS,tidak sanggup untuk katakan sedemikian kerana KP faham setiap keluarga yang ditimpa musibah seperti ini wajar dijaga hati dan perasaan mereka .
Ahli politik tetap sama..gila kuasa...
ReplyDelete