Wednesday, September 25, 2013

PANAS!! DAP Kedah Berantakan,Tidak Setuju Zairil Dilantik Sebagai Pengerusi Sementara DAP Kedah


ALOR SETAR 24 Sept. - DAP Kedah semakin celaru apabila wujud dua kepemimpinan susulan pelantikan jawatankuasa interim yang dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. 

Sehingga kini, bekas Pengerusinya, Lee Guan Aik masih menganggap beliau mewakili organisasi kepimpinan DAP negeri yang sah menyebabkan terdapat dua Ibu Pejabat DAP negeri beroperasi di Kedah ketika ini. Guan Aik mendakwa, pelantikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai pengerusi sementara oleh parti itu pada Jun lalu adalah tidak sah kerana tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti.

 "DAP Pusat melantik Zairil Khir sebagai Pengerusi DAP Kedah secara tidak sah kerana kami sebagai jawatankuasa asal tidak pernah diberitahu tentang tindakan ini, selain tiada diberi sebarang surat untuk menerangkan situasi yang berlaku," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

 Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru. Katanya, tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.

 "Siasatan ROS dapat menentukan siapakah Jawatankuasa DAP Kedah yang sah sama ada saya yang dilantik semasa mesyuarat agung tahunan parti pada 2010 atau yang dipilih oleh CEC pada Jun lalu.

 "Kami amat keliru dengan situasi ini sehingga wujudnya 'kembar siam' dalam jawatankuasa DAP negeri seperti mana yang sedia maklum terdapat dua Ibu Pejabat DAP Negeri Kedah," katanya.

 Guan Aik menambah, dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.