Monday, September 23, 2013

PANAS !! Tun Abdul Razak Bukan Talibarut Jepun,Fakta Menjawab Pembohongan Pembangkang!! @azeezputera


Pembohongan berterusan pembangkang untuk memburuk nama Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai bekas tali barut jepun untuk mengalihkan isu Chin Peng sangat lah tidak boleh diterima kerana wujud fakta yang menafikannya.

Hanya berdasarkan sebuah gambar yang memaparkan Tun Abdul Razak bergambar semasa menyertai latihan tentera jepun tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan fakta tersebut,mereka yang sengaja menabur fitnah hanya mahu imej negarawan ini tercalar kononnya menjadi talibarut jepun.

Blogger Dr. MiM melalui penyelidikan dan pembacaan beliau mendapati sebuah artikel yang ditulis oleh DYMM Almarhum Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman telah menafikan pembohongan pembangkang terhadap Tun Abdul Razak. Artikel tersebut terdapat dalam sebuah buku yang bertajuk  'Tun Abdul Razak: A Personal Potrait' .Terima kasih kepada Dr. MiM kerana telah meng'kantoi'kan fitnah busuk pembangkang ini. 



Agak-agaknya pembaca semua mesti faham apa itu 'Undercover Agent' dan inilah tugas yang dipikul oleh Tun Abdul Razak ketika pendudukan Jepun untuk membantu menyalurkan maklumat sulit daripada pentadbiran Jepun di Malaya pada ketika itu untuk pejuang gerila Melayu seperti Force 136 yang rata kesemuanya dianggota oleh anak-anak Melayu.

Isu ini juga telah dijawab oleh calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,Dato Azeez Rahim untuk menafikan fitnah pembangkang ini :

KOTA TINGGI 22 Sept. - Tindakan pihak tertentu mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menjadi tali barut Jepun disifatkan sebagai satu pembohongan dan fitnah jahat. Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan penyebaran fitnah tersebut sebagai gimik politik yang cetek dan individu terbabit yang menyebarkannya sebagai buta sejarah.

 "Kenapa yang pernah menjadi askar Force 136 yang berjuang demi masa depan Malaya ketika itu tidak digembar-gemburkan? Sebab itu saya kata, kalau nak bercerita, ceritalah betul-betul. "Apa yang saya lihat, perkara itu hanyalah gimik politik oleh mereka yang cetek akal.

Bukti dan fakta Tun Abdul Razak menjadi askar jangan diketepikan. Saya harap rakyat pada masa ini tidak percaya dengan isu tersebut," katanya diminta mengulas tindakan pihak tertentu menyiarkan video di dalam YouTube baru-baru ini yang mendakwa kononnya Perdana Menteri Kedua itu sebagai tali barut Jepun. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.