Orang Melayu perlu mengelak daripada bersikap yes men dalam memperjuangkan nasib bangsa serta mereka juga mesti bersuara dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama.
Atas kesedaran itu, Datuk Musa Sheikh Fadzir menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Sabtu ini selepas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tidak bertanding.
"Kalau perkara tidak betul saya akan bersuara bagi akar umbi," kata Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu di sini hari ini.
Komentar KP: Sebagai orang politik yang berpengalaman,Tok Musa perlu diberi tempat di dalam MT UMNO kerana banyak perkara yang membabitkan suara akar umbi akan dapat disampaikan terus dalam MT UMNO.
Kelantangan suaranya dalam isu-isu membabitkan kepentingan Melayu terutamanya di P.Pinang sebelum ini membuktikan keyakinan KP bahawa beliau boleh membantu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk mengukuh dan memperbaiki parti.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.