Sunday, October 20, 2013

Mangsa Banjir Di Permatang Pauh Kecewa,Rayu Anwar Turun Lawat Kawasan


Lebih 700 penduduk di kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) terjejas banjir disebabkan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu. Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata, penduduk yang terlibat kini berada dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan hujan masih berterusan memungkinkan banjir berulang lagi.

 “Setakat ini, Kampung Permatang Rawa dan Kampung Jalan Baru paling teruk dilanda banjir sejak hujan mulai turun pada malam Jumaat lalu.


 Turut kelihatan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh yang baru saudara Mohd Zaidi Mohd Said (gambar) atau lebih dikenali dengan pangilan Cikgu Zaidi di kalangan penduduk setempat turut turun padang memberi sumbangan kepada penduduk sekitar Permatang Pauh.

 Penduduk yang ditemui berkata mereka agak kecewa kerana mereka harapkan Anwar selaku wakil rakyat disitu dapat turun melihat dan membantu mereka ketika terjadi bencana seperti ini.

 Di antara kampung lain yang turut terjejas ialah Kampung Pertama, Kampung Padang Lalang dan Kampung Mengkuang Titi.

 Menurut Dr Afif lagi,tiada kecederaan yang dilaporkan setakat ini kecuali kebanyakan perabot dan kelengkapan rumah penduduk rosak.

 “Saya akan berbincang dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk berbincang sekali gus mencari jalan penyelesaian bagi membendung masalah ini” katanya.-Utaranews

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.