PERWAKILAN UMNO di seluruh negara memilih untuk mengekalkan muka lama dalam barisan kepimpinan parti itu di sebalik pelbagai gesaan supaya dilakukan perubahan atau transformasi dan peremajaan dalam parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
Setelah Presiden dan Timbalan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyidin Yassin, minggu lalu pemilihan sayap UMNO menyaksikan penyandang bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan penyandang Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaludin dipilih oleh perwakilan untuk kekal menyandang jawatan tersebut.
Apakah dengan pemilihan ini sudah berlaku transformasi dalam UMNO ?? Kita kena faham transformasi dari 2 sudut pandang yang berbeza iaitu faktor struktur fizikal parti dan faktor dalaman parti.
Bila bercakap berkenaan faktor struktur fizikal parti jelas dalam pemilihan jawatankuasa Majlis Tertinggi UMNO semalam tidak berlaku banyak perubahan besar ,pengekalan 3 penyandang Naib Presiden dan hanya ahli MT UMNO sahaja berlaku perubahan dengan kemasukan 7 muka baru dan 3 wakil daripada 4 calon yang diperkenalkan mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk bertanding MT UMNO.Selain itu,hanya muka lama yang hampir kesemuannya bertaraf menteri dan timbalan menteri.Ini dari sudut pandang struktur fizikal itu sendiri.
Jika dari segi dalaman parti yang merujuk kepada setiap calon yang menang dalam pemilihan kali ini dan adakah mereka ini mampu meremajakan dan mentransformasikan parti seperti yang cuba digagaskan oleh Presiden UMNO ?? Jawapan itu terletak atas bahu semua jawatankuasa Majlis Tertinggi UMNO daripada Naib Presiden hinggalah kepada Ahli-ahli MT UMNO.Ya,mungkin sesetengah pihak berkata tidak berlaku sebarang perubahan besar di dalam UMNO selepas pemilihan tetapi sebenarnya pemilihan kali ini berjaya menunjukkan mood perwakilan UMNO dari setiap pelusuk bahagian.Kini para pemimpin UMNO yang menang akan berfikir bahawa kemenangan mereka atas pilihan akar umbi dan wajar mereka berbuat sesuatu membantu parti dengan idea dan gerakerja yang lebih berkesan demi kesinambungan UMNO untuk PRU-14 kelak.
Adakah ini membri gambaran bahawa para perwakilan UMNO menolak tranfomasi dan peremajaan dalam parti?
Jika itu benar, satu lagi persoalan ialah adakah para penyandang yang dipilih semula ke jawatan tertinggi dan yang akan menjadi pembuat dasar dalam UMNO itu tidak mampu melakukan transformasi dan meremajakan parti?
Yang sahih setakat ini para perwakilan di seluruh negara (berjumlah hampir 150,000 orang berbanding dahulu hanya 2,500 orang) tentunya mempunyai alasan untuk mengekalkan muka-muka lama tersebut bagi berkhidmat sekurang-kurangnya satu penggal lagi dalam parti.
Sudah tentu kini tanggungjawab untuk melakukan transformasi itu terletak pada bahu muka-muka lama yang dipilih semula ini untuk memastikan UMNO kekal relevan dan mampu terus mendapat kepercayaan pada pilihan raya umum ke-14.
Realitinya, pemilihan kali ini sudahpun memperlihatkan proses transfromasi tersebut apabila pemilihan pucuk pimpinan di lakukan pada peringkat bahagian yang boleh dianggap sebagai peringkat akar umbi dengan jumlah perwakilan yang diberi tanggungjawab untuk memilih pemimpin pula bertambah hampir 10 kali ganda.
Proses transfromasi itu yang diperkenalkan itu sebenarnya telah digerakkan oleh pemimpin-pemimpin yang di pilih semula pada pemilihan semalam dan dengan pengekalan status qou itu, sudah tentu mereka dapat meneruskan kesinambungan agenda perubahan dan peremajaan tersebut.
Kegagalan mereka berbuat demikian dan jika mereka gagal mendengar kehendak dan aspirasi majoriti ahli terutama yang tiada kuasa untuk memilih pemimpin sudah tentu hukuman yang bakal menanti bukannya pada pemilihan UMNO yang akan datang, tetapi pada pilihan raya umum yang akan datang
UPDATED : Di bawah adalah senarai muktamad Naib Presiden UMNO 2013 - 2016 :
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi : 188 undi bahagian / 94,562 perwakilan
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal : 177 / 82,252 perwakilan
3. Datuk Seri Hishamuddin Hussein : 101 / 56,604 perwakilan
Di bawah pula adalah senarai ahli Majlis Tertinggi UMNO 2013 - 2016 :
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed - 186 undi bahagian / 89,560 perwakilan
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom - 186 undi bahagian / 89,222 perwakilan
3. Datuk Idris Haron - 185 undi bahagian / 83,378 perwakilan
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - 184 undi bahagian / 89,519 perwakilan
5. Datuk Seri Idris Jusoh - 184 undi bahagian / 86,204 perwakilan
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - 181 undi bahagian /85,820 perwakilan
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim - 181 undi bahagian / 79,798 perwakilan
8. Datuk Abd. Rahman Dahlan - 181 undi bahagian / 76,031 perwakilan
9. Datuk Hasan Malek - 168 undi bahagian / 68,601 perwakilan
10. Datuk Seri Shahidan Kassim - 166 undi bahagian / 76,992 perwakilan
11. Datuk Seri Mohamad Hasan - 165 undi bahagian / 73,631 perwakilan
12. Datuk Seri Jamaludin Jarjis - 161 undi bahagian / 72,326 perwakilan
13. Datuk Razali Ibrahim - 157 undi bahagian / 73,060 perwakilan
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid - 155 undi bahagian / 68,964 perwakilan
15. Datuk Rosnah Rashid Shirlin - 146 undi bahagian / 69,802 perwakilan
16. Tan Sri Annuar Musa - 143 undi bahagian / 69,529 perwakilan
17. Datuk Mohd. Puad Zarkashi - 127 undi bahagian / 57,124 perwakilan
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman - 127 undi bahagian / 56,434 perwakilan
19. Datuk Seri Azalina Othman Said - 119 undi bahagian / 55,501 perwakilan
20. Datuk Abd. Latiff Ahmad - 115 undi bahagian / 52,225 perwakilan
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah - 111 undi bahagian / 51,366 perwakilan
22. Datuk Bung Moktar Radin - 104 undi bahagian / 52,423 perwakilan
23. Datuk Ab. Aziz Kaprawi - 101 undi bahagian / 48,463 perwakilan
24. Datuk Seri Reezal Naina Merican - 97 undi bahagian / 48,353 perwakilan
25. Datuk Sohaimi Shahadan - 90 undi bahagian / 47,479 perwakilan
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.