Petikan artikel jawapan daripada FB Tahu,Faham & Amal terhadap artikel Dr. MAZA di Malaysiakini
Isu Masjid di Malaysia tidak mesra oleh Mantan Mufti Perlis - Dr Asri Zainal Abidin bagi kami tidak lebih dari kritikan yang menjatuhkan dan lebih banyak mengajar biadap kepada ijtihad alim ulamak mengenai kedudukan saf kanak-kanak di masjid/surau.
Sepatutnya berikan panduan bagaimana membimbing anak-anak kecil yang masiih belum mumayyiz (tahu bezakan mana yang baik dan buruk, dosa pahala) ketika berada di dalam masjid.
1. Realitinya kanak-kanak yang masih kecil walaupun solat bersebelahan dengan ayahnya di saf dewasa, ada yang berlari-lari, melangkahi orang yang sedang sujud, lalu di tempat sujud.
2. Fatwa dari Mufti Brunei : Ijtihad ulamak muktabar mengenai kedudukan saf kanak-kanak di tempat orang dewasa :
Dalam kumpulan fatwa Imam Ibnu Hajar, menurut qaul yang muktamad, bahawa kanak-kanak lelaki apabila mereka mendahului orang-orang yang baligh ke saf yang pertama, tiada harus (tidak boleh) bagi orang-orang yang baligh itu mengeluarkan mereka dari saf yang pertama itu, kerana kanak-kanak lelaki itu adalah jenis orang lelaki.
Seterusnya Ibnu Hajar menerangkan bahawa bukanlah maksud kanak-kanak lelaki datang dahulu itu sebagai kehadiran mereka terlebih dahulu ke masjid daripada orang dewasa tetapi maksudnya mereka hanya mendahului pada saf yang pertama sekalipun sebelum didirikan sembahyang. Maka pada ketika itu tidaklah boleh diketepikan kanak-kanak lelaki dari saf mereka untuk diberikan kepada lelaki dewasa.
Daripada perkataan Imam Ibnu Hajar di atas ini, apabila kanak-kanak lelaki datang ke masjid dan dia telah duduk di dalam mana-mana saf sembahyang dengan tujuan hendak sembahyang mengikut imam, sama ada sembahyang Jumaat atau sebagainya, maka orang dewasa tidak boleh mengalih dan mengeluarkan kanak-kanak lelaki tersebut dari saf-saf mereka itu.
Adapun hukum kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan yang tidak diketahui adakah dia membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau tidak, apabila dia berada dalam saf tersebut, adakah ianya merosakkan saf dan adakah sedemikian itu menghilangkan fadhilat pahala berjemaah, berkata Al-Imam Al-Sayyid Abdullah bin ‘Umar bin Abu Bakar bin Yahya di dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyidin:
“Jika ada di dalam saf sesiapa yang tidak sah sembahyangnya seperti ada najis padanya, atau ada lahn (seperti tidak betul bacaan Fatihahnya) atau ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian, maka tiadalah luput fadhilat (tidak hilang kelebihan pahala) berjemaah ke atas orang-orang yang berdiri di belakang mereka, sekalipun lebih jauh saf mereka dari saf orang yang sah sembahyangnya, sekadar boleh muat seorang berdiri pada masalah yang pertama (iaitu ada najis padanya atau ada lahn) dan lebih jauh dari tiga hasta pada masalah yang kedua (iaitu ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian).
Kecuali, jika orang-orang yang berada pada saf-saf di belakang itu mengetahui akan batal sembahyang orang yang tersebut itu dan sembahyangnya itu tidak sah pada pendapat ulama yang sah bertaklid padanya dan mereka berkuasa mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka itu dari saf-saf mereka dengan tiada takut (apa-apa kemudaratan) ke atas diri atau harta atau nama (apabila mereka mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka dari saf-saf mereka itu).
Kerana fadhilat pahala berjemaah boleh diperolehi dengan mengikut seorang imam yang mana makmum tidak mengetahui imam itu berhadas (padahal dia berhadas). Adalah lebih utama tidak mengetahui akan batal sembahyang orang-orang yang dia tidak ada sangkut paut di antaranya dan di antara orang yang batal sembahyangnya itu, dan kerana berjauh-jauh (dari satu saf kepada satu saf) dengan ada suatu keuzuran seperti panas (seperti di Masjid Al-Haram ada saf jauh-jauh dan putus kerana panas terik matahari pada tempat-tempat lapang), tidak meluputkan fadhilat berjemaah.
Maka begitu juga di sini (makmum yang batal sembahyangnya berada dalam saf-saf sembahyang) dan kerana dia berhak di tempat itu dengan sebab dia telah datang dahulu serta taklidnya yang mengatakan sah sembahyang dan begitu juga jika dia tidak bertaklid (kepada mana-mana ulama) di atas asas bahawa orang awam itu tiada mempunyai mazhab. Maka dari itu diketahui, bahawa barangsiapa telah berada di dalam saf, tidak harus (tidak boleh) diketepikan dia itu dari safnya, melainkan jika diketahui sembahyangnya batal dengan ijma‘ ulama, atau dia beriktikad bahawa sembahyang orang itu rosak ketika dia mengerjakan sembahyangnya itu.”
3. Najis dalam kulup budak lelaki yang belum khatan boleh dibersihkan. Kadang-kadang anak kecil lelaki pun tidak bersihkan najis dalam kulupnya sendiri (kecuali Dr Asri memang cek satu persatu anak kecil yang masuk dalam saf lelaki dewasa) Jangan buat satu komen tidak cerdik dan membandingkan dengan Najis DALAM PERUT orang dewasa dan NANAH YANG BELUM PECAH.
Sifat Warak - berhati-hati. Itu kelebihan dalam Mazhab Asy Syafie. Dan bukan tuduhan KHURAFAT yang patut ditebarkan.
4. Ulasannya tentang kisah di masjid. Kritik yang tiada alternatif terhadap usaha asatizah yang mengajar di masjid, bercampur tuduhan ke atas ijtihad ulamak (memang beliau tidak belajar erti menghormati khilaf ? atau memang belajar tiada adab agar yang mengikutnya juga jadi biadap ?). Mempromosikan pula tokoh 'hadith' yang banyak dipertikaikan para alim ulamak hadith dan feqh kontemporari.
Sambil membaca artikelnya di Malaysiakini terlihat komen ini : susah nak komen ustaz ni, sebab dia belum tunjuk contohnya...Maaflah tuan ye, tulisan tuan di laman sesawang, jd komenpun di laman sesawang lah, waktu jadi mufti dulu ada tuan tinggalkan satu masjid contoh yg tuan atur secara sempurna sebagai tuan kata, sewaktu tuan jadi pensyarah di usm, masjid usm tu boleh jadi contoh ke...tuan sudah berhadapan dgn anak2 di masjid? berapa lama? tuan sudah berhadapan dengan makcik2 dan pakcik2 yg tak pernah pandai baca Quran, apa lagi baca hadis....kitab pun tak ade di rumahnya....Tiada siapa yg menghalang utk menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan akademik seperti sekolah2 misionari yg menjadikan gereja pusat pendidikan mereka di samping bangunan sekolah di sekitarnya....usaha telah dijalankan di sebahagian masjid bertahun2 lama dulu, tapi masih gagal, tuan tahu kenapa? Ramai yg lebih suka tution yg berbayar, dan kalau kita berceloteh tentang ilmu akademik seperti geografi, sains, matematik sebagai ilmu ketamadunan, mungkin tak ada org pun hadir...tuan dgn kumpulan manusia terpelajardi usm tu boleh buat kuliah pengajian tuan (walaupun bukan akademik)di masjid usm sebagai contoh dan permulaan, kalau dah buat alhamdulillah.
----------
Memang benar pertanyaan pemberi komen berkenaan. Maka sebelum banyak mengkritik tanpa menyelidik. Ingat firman Allah ini :
Allah ta’ala berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?” [QS. Ash-Shaff : 2].
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir?” [QS. Al-Baqarah : 44].
Sebab semakin ramai umat Islam tiada adab dengan alim ulamak muktabar yang lain. Kerana ada guru yang tidak beradab mengajar biadap kepada orang lain.
5. Sebenarnya jika Dr Asri betul-betul rajin ke masjid, ada masjid yang sudah mengadakan kelas agama, fardhu ain yang lengkap pada setiap hari dan minggu. Ada dibuat seminar. Kem ibadah. Disediakan ruang perniagaan di kawasan luar masjid. Disediakan tempat beriadah untuk anak muda. Ini adalah kempen untuk anak muda menyukai masjid. Dan banyak lagi.
Bagilah motivasi dan dorongan kepada masjid-masjid/surau ini untuk bertambah baik. Ini yang ada pun ada penceramah wahhabi yang biadap mengkafir/mensyirik dan membid'ah sesatkan para alim ulamak dalam masjid.
6. Sikap suka mengkritik dan menjatuhkan tanpa memberi alternatif yang lebih baik bukan sikap seorang ilmuwan agama/pendakwah yang mewarisi ciri-ciri murabbi, mu'allim, dari Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan salafussoleh.
7. Sikap suka membuat fitnah, tuduhan bohong menghilangkan sifat thiqah dan adil. Seorang Tabi’in bernama Muhammad ibnu Sirin mengatakan: “Sesungguhnya ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kalian mengambil agama kalian” (Muqaddimah Shahih Muslim)
8. Sibuk-sibuk cerita anak-anak kecil dibawa masuk masjid. Cuba bawak cerita anak muda yang pergi solat Jumaat tetapi bising di belakang masjid dan tidak solat. Bagi cadangan untuk menyelesaikan masalah ini, itu kan lebih baik?
Dalil untuk jawapan Saf kanak-kanak dalam solat berjemaah dari Ust Mohd Hanif |
Sejak die kate org kapir boleh guna Kalimah Allah (swt), aku dah tak ambik tahu lg ape die kate, yg basik pun out.
ReplyDeletePandainya Asri ni berkata kata. Apakah dia tu mesra sangat. Belum pernah saya berjumpa dengan seorang seperti Asri ini. Sombong bongkak dan suka melihat oarng dengan sebelah mata.
ReplyDelete