Sunday, October 13, 2013

PANAS !! Pemimpin DAP Kritik Sistem " Electoral College" Pemilihan UMNO 2013


Kemenangan mudah buat penyandang kerusi Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita UMNO mempertahankan semula jawatan menimbulkan kritikan jahat daripada seorang pemimpin DAP. Beliau mengkritik dengan mengatakan bahawa sistem pemilihan baru yang dilaksanakan oleh UMNO dengan melibatkan lebih ramai ahli untuk memilih pucuk pimpinan tidak mencerminkan sistem "Electoral College" yang diwar-warkan UMNO.


Katanya,ia tidak melibatkan semua ahli dan hanya perwakilan yang dipilih sahaja yang dibenarkan untuk mengundi.Nampaknya,Liew Chin Tong Pengarah Pendidikan Politik DAP ini masih tidak faham apa itu "Electoral College" yang digunakan oleh UMNO dalam pemilihan kali ini.Biar KP jelaskan buat semua pembaca apa itu sistem "Electoral College".

Sistem ini merupakan sistem yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.Sistem ini akan melibatkan 146,500 ahli yang akan memilih pucuk pimpinan parti dalam UMNO.

Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi Jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.

 Ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka

 Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang  dilaksanakan pada pemilihan kali ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009. Membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar.

Jadi,sepatutnya pemimpin DAP ini membuat selidikan terlebih dahulu terhadap sistem yang dilaksanakan oleh UMNO sebelum membuat sebarang kritikan.Dalam DAP sendiri pun yang kononnya dikatakan telus dan demokrasi, banyak ahli dan perwakilan DAP merungut tidak diberi surat dan dijemput menghadiri AGM DAP untuk pemilihan parti.Jadi ,sebelum DAP nak mengkritik UMNO,lebih baik DAP selesaikan masalah pemilihan semula DAP dikatakan wujud pengundi hantu dan penipuan semasa proses pemilihan semula dan berhenti mengeluarkan kenyataan jahat terhadap pendaftar pertubuhan (ROS) sebagai anjing UMNO.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.